web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon, Pemimpin, Petugas Parti Politik Dilarang Ambil Alih Jadi Imam, Khatib Di Perak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 11:42AM

JAIPk menetapkan peraturan itu bermula solat Maghrib Jumaat ini sehingga solat Subuh 20 November depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Calon, pemimpin parti politik dan petugas parti politik dilarang mengambil alih menjadi imam dan khatib daripada pegawai masjid sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Itu antara arahan berhubung peraturan dan panduan mengenai program dan aktiviti di masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bermula solat Maghrib Jumaat ini sehingga solat Subuh 20 November depan.

Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim dalam satu pekeliling hari ini berkata penetapan itu bagi menjunjung titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk memastikan kesucian agama Islam dipelihara dan memastikan institusi agama Islam dilindungi daripada dicemari oleh kegiatan politik kepartian.

"Khutbah Jumaat yang bukan dikeluarkan oleh JAIPk juga dilarang selain mengadakan ceramah, ucapan, pengumuman dan lawatan yang ada elemen berkempen.

"Mengumumkan bantuan, penyerahan sumbangan dan tajaan jamuan atas nama calon dan parti politik serta mengadakan acara perasmian atau pecah tanah pembinaan masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama turut dilarang," katanya.

Beliau berkata selain itu, turut dilarang adalah pemasangan lambang dan bendera parti serta poster calon dalam bangunan dan perkarangan masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama serta mengedarkan risalah kempen dan manifesto.

Dalam pada itu, beliau berkata JAIPk menangguhkan program tazkirah dan ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah luar atau penceramah yang aktif bekerja dan berkempen untuk calon atau mana-mana parti politik.

Katanya khutbah Jumaat yang disampaikan hanya dibenarkan oleh pegawai masjid atau surau diri Jumaat yang berkaitan jika tidak menjadi calon atau pekerja parti, manakala calon yang mahu berjemaah di masjid atau surau dibenarkan tetapi hanya sebagai makmum. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad