Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kemasukan Tenaga Kerja Asing Sedikit, Berbanding Jumlah Levi Yang Dibayar - MPN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 12:11PM

MPB mahu kementerian terlibat untuk mengkaji balik proses pengambilan tenaga kerja asing kerana banyak sektor mempunyai tahap kebergantungan yang sangat tinggi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kekurangan pekerja asing wajar ditangani dengan segera berikutan kemasukan pekerja asing ke Malaysia terlalu sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar iaitu RM713,890 bagi 467,223 kuota diluluskan, menurut Majlis Pemulihan Negara (MPN). 

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MPN, Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 September lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan, namun bagi tempoh sama hanya menyaksikan 76,000 kemasukan tenaga kerja dari 12 negara.

“Angka itu terlalu sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar. Justeru, kita mahu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia mengkaji balik proses pengambilan tenaga kerja asing kerana banyak sektor mempunyai tahap kebergantungan yang sangat tinggi.

"Kita dapati ramai pekerja memohon dan membuat pembayaran, namun yang masuk adalah kurang. Persoalannya, mengapa mereka belum datang lagi? Adakah ia melibatkan masalah negara mereka, atau sebab lain. Perkara ini perlu ditekankan kalau tidak sektor pertanian khususnya kelapa sawit akan terus mengalami masalah kekurangan pekerja," katanya kepada pemberita dalam satu taklimat media baru-baru ini. 

Jelasnya, industri intensif buruh seperti sektor pembuatan, pelancongan, pembinaan dan peruncitan, termasuk sektor elektronik dan pertanian juga dilihat terjejas dengan isu kekurangan tenaga kerja.

Selain isu tenaga kerja, Sulaiman berkata pelaburan, perdagangan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) juga perlu diberi keutamaan dalam proses pemulihan negara. 

Katanya, Malaysia perlu menggalakkan lebih banyak pelaburan kerana langkah itu menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat, manakala perdagangan pula bagi memastikan pemulihan ekonomi negara terus dijana kerana ekonomi Malaysia bergantung kepada perdagangan global. 

"Dalam konteks rantaian bekalan yang terjejas, banyak kegiatan eksport telah tergendala (disebabkan pandemik COVID-19). Namun, dalam proses pemulihan ini, saya lihat prestasi Pelabuhan Klang bertambah baik. 

"Mereka bersedia dan dapat menarik kargo ke pelabuhan kita. Sektor pelabuhan sangat membantu kita meningkatkan eksport," katanya. 

Dari segi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PMKS, Sulaiman berkata golongan berkenaan memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan kerana mereka ialah punca perkembangan pelaburan domestik bagi negara. 

"PKS dan PMKS paling teruk terjejas disebabkan pandemik berbanding syarikat multinasional yang boleh bergerak ke negara lain dengan kos pekerja yang lebih rendah. 

"Sebab itu, kita kena fokus kepada PKS dan PMKS, kita mahu mereka berkembang kepada syarikat peringkat pertengahan dan seterusnya menyokong syarikat multinasional dan menjadi pemain industri global," katanya. 

Beliau berkata kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) adalah kombinasi terbaik untuk memacu ekonomi negara.

"MPC boleh bekerjasama dengan PMKS untuk tingkatkan produktiviti manakala MIDA menggalakkan pelaburan dan Matrade membantu mengembangkan pasaran ke luar negara, ini merupakan kombinasi terbaik untuk memacu ekonomi negara," katanya.

Mengulas mengenai cadangan moratorium khas kepada PMKS, Sulaiman berharap kerajaan yang akan dibentuk dapat melihat isu berkenaan dengan lebih mendalam ekoran PKS ialah komponen kritikal dalam pertumbuhan ekonomi negara. 

Di samping itu, MPN juga turut menitikberatkan isu keselamatan makanan dalam memastikan sumber makanan penduduk di negara ini berada pada tahap optimum. 

"Tahun 1970 kita ada rancangan Buku Hijau, program untuk bantu dan kalau boleh untuk jangka panjang, kita kena kurangkan import dari segi makanan, bukan sahaja dari segi perspektif sara diri tapi juga keselamatan makanan," kata Sulaiman. 

Oleh itu, Sulaiman menasihatkan kerajaan negeri untuk mengusahakan tanah pertanian mereka bagi menghasilkan bahan makanan sekali gus mengelak kebergantungan kepada bahan import. 

Sementara itu, Sulaiman juga turut mendedahkan MPN telah membuat 95 cadangan keseluruhannya, dengan 86 cadangan telah diluluskan oleh Kabinet manakala sembilan cadangan masih menunggu keputusan Jemaah Menteri. 

Daripada jumlah itu, 69 peratus berkaitan isu penting seperti kesihatan, ekonomi dan sosial, manakala 26 peratus mengenai hal pengurusan dan pentadbiran. 

"Daripada 69 peratus itu, yang telah selesai dilaksanakan ialah 16 cadangan atau 23 peratus, 30 cadangan atau 43 peratus dalam pelaksanaan dan 14 cadangan atau 20 peratus masih belum dilaksanakan.

“Keseluruhannya, hampir 66 peratus dilaksanakan...kebanyakan cadangan diterima pihak Kabinet," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

Semasa 13 jam yang lalu

MCMC Bakal Tingkatkan Capaian Internet Di Pulau Kapas, Pulau Gemia

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

oleh Rafisqi Radhi