Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Didakwa Penyokong Najib, Calon MUDA Beri Penjelasan ‘Identiti Politik Saya Kini Berbeza’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 9:04PM

Muhammad Danial Abdul Majeed - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Muhammad Danial Abdul Majeed meminta mana-mana pihak supaya tidak menjadikan identiti dan ideologi politik dipegangnya pada tahun 2013 sebagai isu.

Beliau turut memohon supaya ‘pujian’ diberikannya kepada parti dan pemimpin politik tertentu ketika itu, tidak dilabel sebagai ‘tiada pendirian’, memandangkan kini beliau bersama MUDA.

Katanya, apa disokong dan dilalui beliau pada waktu itu adalah pandangan peribadinya yang hanya memfokus kepada politik bangsa serta agama, sebelum ia bertukar seiring pertambahan usia dan perubahan situasi.

“Salam semua. Saya Danial Abdul Majeed, calon MUDA di Kepala Batas. Pencalonan saya semalam disambut dengan banyak reaksi, termasuklah ciapan saya seawal tahun 2013. Saya tak boleh elak dengan identiti politik saya pada tahun 2013.

“Saya terlibat aktif dalam politik serta pada masa itu, kaca mata saya dikaburi politik bangsa dan agama. Malangnya, ramai lagi berkongsi cerita seperti saya.

“Akhirnya Langkah Sheraton terjadi. Ia mengubah banyak perkara yang saya pernah percaya dari usia muda dulu,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Muhammad Danial, 26, berkata, pilihannya untuk menyertai MUDA adalah apabila melihat parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu memperjuangkan gelombang yang mengangkat semua merentas agama, bangsa, warna kulit, usia dan latar belakang,

“Saya percaya ini yang kita perlu bawa. Politik nilai, dasar dan khidmat. Sekurang-kurangnya, ini yang saya mahu bawa bermula dari diri kepada negara,” katanya.

Menurut Muhammad Danial, beliau mahu lebih ramai membawa semangat untuk perubahan, malah masa silam bukan halangan untuk mencapai perkara itu.

“Saya mahu ramai lagi angkat semangat untuk berubah. Masa silam bukan satu halangan untuk berubah kepada identiti politik lebih progresif.

“Tak salah dan tak perlu takut. Doakan saya untuk kempen MUDA-HARAPAN di Parlimen Kepala Batas! Terima kasih!,” katanya.

Terdahulu, malam semalam, MUDA mengumumkan Muhammad Danial sebagai seorang daripada tiga calon Parlimen mewakili parti itu pada Pilihan Raya Ke-15 dengan beliau akan bertanding di kerusi Kepala Batas.

Susulan pengumuman dibuat Timbalan Presiden MUDA yang juga Pengarah Pilihan Raya parti itu, Amira Aisya Abd Aziz, nama Muhammad Danial menjadi tular selepas Twitter dimuat naik beliau pada tahun 2013 ‘dibongkar’ semula di platform media sosial terbabit dan Facebook.

Menerusi pendedahan itu, beliau didakwa sebagai penyokong tegar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Twitter yang dimuat naik Muhammad Danial pada 2013 ‘dibongkar’ semula oleh netizen di platform media sosial.
Twitter yang dimuat naik Muhammad Danial pada 2013 ‘dibongkar’ semula oleh netizen di platform media sosial.

Selepas menyedari ciapan lama di Twitter beliau menjadi ‘serangan’ dan bahan politik pihak tertentu, termasuk netizen, Muhammad Danial dikatakan segera memadam perkongsian berkenaan.

Kemudian, Muhammad Danial dilaporkan menetapkan akaun Twitter beliau pada mod privasi.

Namun, beberapa tangkap layar ciapannya itu yang sempat dikongsikan netizen, kini tular di media sosial dan menjadi isu panas dalam kalangan warga maya.

Antaranya, mereka mempertikaikan apakah kualiti dimiliki calon MUDA dan bagaimana ia boleh memilih individu yang pernah memperjuangkan parti lain untuk dipertaruhkan pada PRU-15.

Meninjau ke ruangan komen sebuah Facebook memaparkan perkongsian ciapan Twitter itu, ramai netizen seolah-olah tidak bersetuju dengan pencalonannya.

“Tara (setakat) itu je la kualiti calon MUDA.

“Cuba nak tahan taip daripada mencarut tengok mamat ini, pasti hilang deposit.

“Laa. Penyokong tegar UMNO rupanya (dulu).

“Buat poster kempen PRU je semua tangkap layar Twitter dia ini.

“Sia-sia satu kerusi. Moga PH (Pakatan Harapan) letak calon sendiri. Haha,” menurut beberapa netizen. – Getaran, 30 Oktober 2022

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Politik 1 hari yang lalu

Harap Kerajaan Laksana Cukai Mudarat, Boleh Guna Bangunkan Komuniti Bukan Islam - Edmund

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak