web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Ikan Dijangka Pulih 2 Minggu Lagi - NEKMAT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Oct 2022 3:07PM

NEKMAT juga telah menyediakan stok ikan sejuk beku kira-kira 100 tan sebagai persediaan jika negara dilanda banjir. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN- Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menjangkakan harga ikan di pasaran tempatan akan pulih dalam tempoh dua minggu lagi selepas tamat musim peralihan monsun sekarang ini.

Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berkata ketika ini bukan nelayan tidak turun ke laut malah mereka tetap menangkap ikan namun hasil yang diperoleh berkurangan sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga.

"Sejak kebelakangan ini, ikan memang ada tapi masih kurang dan ia secara tidak langsung harganya meningkat...kalau dulu nelayan pantai boleh dapat hasil tangkapan sehingga 100 kilogram(kg) setiap kali ke laut tapi sekarang 20 hingga 30kg sahaja, ini sebab musim peralihan monsun.

"Tapi dalam tempoh dua minggu lagi, kami jangkakan harga ikan akan kembali pulih malah kelaziman berlaku lambakan (hasil tangkapan) terutama di pantai barat," katanya di sini hari ini.

Akhbar melaporkan beberapa harga ikan termasuk ikan kembung yang merupakan ikan rakyat telah melonjak naik sehingga mence­cah RM16 sekilogram di beberapa negeri di utara berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak dua minggu lepas.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata pihaknya telah menyediakan stok ikan sejuk beku kira-kira 100 tan sebagai persediaan jika negara dilanda banjir.

"Kami memang telah sediakan stok ikan sejuk beku bagi memastikan tidak berlaku masalah kekurangan bekalan jika negara dilanda banjir dan di bawah program Q'Fish, kami jual pada harga RM10 sekilogram bagi ikan seperti selar, kembung dan selayang," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad