Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Bahang’ PRU-15 Makin Dirasai, Apa Kata Pengundi Muda?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengundi muda di Pantai Timur meluahkan keterujaan mereka untuk melibatkan diri dengan proses demokrasi negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijadualkan berlangsung, 19 November ini.

Walaupun masih ‘hijau’ dalam realiti politik tanah air, golongan muda mengetahui PRU-15 adalah detik penting untuk mereka menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bagi memilih kerajaan pemerintah yang baharu.

Golongan tersebut turut menyedari setiap undi amat berharga namun perlu lebih berhati-hati memilih wakil rakyat yang akan diangkat untuk mewakili suara mereka di Dewan Rakyat.

Operator Jualan, Nor Aishah Othman, 21, dari Kuala Terengganu berkata, dia dan rakannya mahu merasai sendiri proses perjalanan pilihan raya umum (PRU) yang akan menentukan masa depan negara ini.

Nor Aishah Othman
Nor Aishah Othman

Menurutnya, selepas menyaksikan ‘tsunami’ politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) empat tahun lalu, dia tidak sabar untuk mengundi wakil rakyat yang bakal mewakili suara anak muda di Parlimen.

“Ibu bapa saya selalu mengingatkan betapa ruginya jika melepaskan peluang yang hanya datang empat tahun sekali dalam menentukan masa depan negara agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dikecapi.

“Jadi sudah tentu saya akan keluar mengundi bila tiba masanya nanti. Saya harap tiada lagi pergolakan politik seperti melompat parti dan pertukaran kerajaan silih berganti selepas ini,” katanya sambil meluahkan rasa lega dengan Undang-Undang Lompat Parti yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

Ditanya mengenai kriteria wakil rakyat pilihannya, Aishah berkata, dia mahu melihat manifesto yang dijanjikan selain mementingkan latar belakang calon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

“Apa yang penting calon tersebut bukan sahaja harus sentiasa mendahulukan rakyat di kawasannya dalam apa jua keputusan besar dibuat di Parlimen,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengundi muda dari Kuala Terengganu, Muhammad Fahmi Mohd, 23, berkata, dia mula meminati dunia politik selepas PRU-14 yang memperlihatkan pelbagai ‘drama’ dicetuskan pemimpin politik demi menawan Putrajaya.

Muhammad Fahmi Mohd
Muhammad Fahmi Mohd

Bagaimanapun dia berpendapat, ada percaturan perlu dilaksanakan sesetengah pemimpin bagi memastikan kelangsungan Malaysia dan sebahagiannya lagi hanya dilaksanakan kerana ‘tamak’ kuasa.

“Berdasarkan situasi itu, saya berpendapat wajib bagi saya untuk mengundi wakil rakyat yang tidak cenderung menyalahgunakan kuasa, tetapi fokus membantu rakyat khususnya mereka yang terkesan dengan kemelut melanda negara ketika ini.

“Sudah tentu saya mempunyai calon pemimpin pilihan yang akan diundi untuk mewakili suara saya. Tapi apa pun ‘undi adalah rahsia’,” katanya dalam nada berseloroh.

Namun berbeza pula dengan Ahmad Asyraf Othman, 22, yang berasal dari Gua Musang, Kelantan.

Ahmad Asyraf Othman
Ahmad Asyraf Othman

Katanya, dia hanya mahu keluar mengundi untuk merasai sendiri proses tersebut serta kehangatan bahang PRU memandangkan selama ini sering mengikut bapanya ‘meraih’ undi untuk sebuah parti politik.

“Sudah tentu ia pengalaman baru yang bermakna untuk saya kerana dapat merasai sendiri proses perjalanan pilihan raya.

“Walaupun ayah saya ahli sebuah parti politik, namun saya ada ruang untuk membuat penilaian sendiri berdasarkan latar belakang calon yang akan diumumkan kelak. Saya harap mereka tidak mensia-siakan undi yang diberikan,” katanya.

Seorang lagi pengundi muda, Adliana Zahirah Mohd Zamrey, 21, berkata, dia terbuka untuk mengundi siapa pun calon diketengahkan oleh parti politik, namun individu tersebut mestilah mempunyai latar belakang yang baik.

Adliana Zahirah Mohd Zamrey
Adliana Zahirah Mohd Zamrey

Jelas gadis berasal dari Temerloh, Pahang itu, latar belakang baik yang dimaksudkannya adalah calon tersebut haruslah berintegriti, amanah dan bertanggungjawab terhadap setiap undi diberikan.

“Dalam keluarga saya sendiri bukan semua dalam ‘kem’ sama dan masing-masing ada pendapat tersendiri mengenai calon pilihan.

“Jadi saya boleh memilih sesiapa pun tanpa mengira logo digunakan asalkan individu tersebut menepati kriteria.

“... dan apa yang lebih penting adalah kestabilan ekonomi supaya kita tidak lagi berdepan peningkatan kos sara hidup dan harga barang sehingga menjejaskan kehidupan harian rakyat,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November, manakala pengundian awal, 15 November.

Dengan penguatkuasaan Undi18, individu yang berusia 18 tahun akan didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

Berdasarkan data, seramai 1.39 juta individu terdiri daripada pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU-15. - Getaran, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

Tangkis Fitnah Di Media Sosial, Geng Perpaduan Dilancar Untuk Pengundi Muda

2

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 11 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Politik 11 bulan yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Semasa 18 jam yang lalu

Presiden Palestin Rakam Terima Kasih Kepada Kepimpinan, Rakyat Malaysia

Semasa 23 jam yang lalu

Pemimpin Industri, Perniagaan Antarabangsa Nyata Minat Melabur Di Malaysia – PM

oleh Fida Ruzki