web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawatan Negara Agong Ke Singapura Kukuhkan Lagi Hubungan 2 Hala

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 1:05PM

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Lawatan negara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Singapura mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan republik itu yang telah terjalin sejak 57 tahun lepas.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata ini kerana Al-Sultan Abdullah selaku Ketua Negara menunjukkan kepakaran dalam hubungan diplomasi yang baik antara Seri Paduka dan barisan pemimpin Singapura.

Beliau berkata Seri Paduka berupaya membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan antara kedua-dua negara, malah pada masa sama turut memberi kaedah penyelesaian melalui mekanisme sedia ada.

“Keupayaan Yang di-Pertuan Agong dalam urusan diplomasi cukup menyerlah, kerana Seri Paduka mendapat pendedahan khususnya dalam bidang hubungan antarabangsa semasa belajar di United Kingdom selepas Royal Military Academy Sandhurst.

“…juga semasa (Al-Sultan Abdullah) menerajui FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan pernah menjadi jawatankuasa eksekutif kepada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan juga Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Asian (AFC).

“Pengalaman Seri Paduka ini memberi titik perbualan antara Ketua Negara dan pemimpin-pemimpin Singapura seperti Perdana Menteri Lee Hsien Loong,” katanya kepada Bernama dan RTM bagi merumuskan lawatan negara itu di sini. 

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat mengadakan lawatan negara ke Singapura bermula pada 25 Okt lepas hingga hari ini. Lawatan negara itu juga atas undangan Presiden Singapura Halimah Yacob.

Dalam lawatan negara itu, Seri Paduka berdua antaranya mengadakan lawatan ke Asian Civilisations Museum dan Edible Garden City pada 25 Okt, selain mengadakan pertemuan dengan Halimah dan Lee keesokan harinya, serta berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan perkenan Seri Paduka bahawa lawatan negara itu amat baik dengan berpeluang mengadakan pertemuan kali kedua bersama Halimah dan Lee pada tahun ini.

“Apa yang menarik adalah keupayaan Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong berbincang secara bersahaja antara Ketua Negara dan pemimpin-pemimpin kerajaan Singapura, dengan topik-topik dibincangkan melibatkan topik semasa dan terdahulu.

“Perkara ini telah menunjukkan keakraban antara kedua-dua pemimpin negara dalam konteks berjiran antara Malaysia dan Singapura,” katanya menambah sehinggakan sesi pertemuan antara Seri Paduka dan pemimpin Singapura yang dijadual mengikut ketetapan tertentu dilanjutkan tempoh masanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar berkata Al-Sultan Abdullah telah bertitah menjemput Halimah untuk mengadakan lawatan negara ke Malaysia sebelum penggal beliau sebagai Presiden Singapura tamat tahun depan.

“Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian ketika pertemuan antara Seri Paduka dan Presiden Singapura pada Rabu lepas, bagaimanapun tarikh lawatan negara Halimah ke Malaysia akan ditentukan kelak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad