web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Juruterbang Sedaya Upaya Pastikan Penumpang Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 8:16PM

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (tengah) menziarahi Juruterbang Kapten Fedzrol Norazam, 43, ketika melawat enam mangsa yang terlibat dalam insiden helikopter terhempas semasa melakukan pendaratan cemas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands, Pahang semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Juruterbang yang terlibat dalam insiden helikopter terhempas semasa mendarat di Brinchang, semalam, Kapten Fedzrol Norazam telah menggunakan segala kemahiran yang dimilikinya dan berusaha sedaya upaya bagi memastikan keselamatan penumpang.  

Katanya, beliau berusaha mencari tempat pendaratan selamat apabila tiba-tiba angin kuat sehingga menyebabkan pesawat berkenaan sukar dikawal dan tidak stabil serta bergerak menghampiri kawasan bukit.

"Semasa dalam perjalanan pulang dari Gua Musang kami menggunakan laluan biasa namun cuaca hujan di kawasan Kampung Raja (Cameron Highlands) menyebabkan saya terpaksa beralih ke kawasan yang tidak hujan sebelum ke Brinchang, di mana terdapat lokasi yang membenarkan laluan helikopter.

"Apabila saya melalui kawasan itu, ada satu perkara pelik… angin menolak helikopter ke atas dan rasa ada yang tidak kena serta (saya) cuba mengawalnya sebaik mungkin tetapi saya tidak memberitahu penumpang bagi mengelakkan mereka panik.

"Saya cuba berpatah balik tetapi angin terus menolak helikopter rapat ke bukit ketika berada di ketinggian 5,000 kaki dan sukar untuk turun ke bawah, malah (helikopter) masih dalam keadaan tidak stabil walaupun telah menggunakan kekuatan enjin sepenuhnya," katanya kepada pemberita ketika menceritakan detik cemas itu.

Terdahulu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melawat Fedzrol dan lima kakitangan Kementerian Kesihatan dari Pasukan Doktor Udara (PDU) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta yang terlibat dalam kejadian itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Fedzrol berkata beliau kemudian memutuskan untuk mengambil langkah alternatif iaitu melakukan suatu teknik khas bagi memastikan hentaman yang berlaku ketika terhempas bermula daripada ekor helikopter supaya penumpang selamat.

"Apabila terhempas, saya tidak sedarkan diri selama beberapa minit dan sebaik sedar, saya terdengar suara mereka memanggil saya dan mendapati semua penumpang telah berjaya keluar menyelamatkan diri, manakala saya masih di tempat duduk dengan memakai tali pinggang keledar dan tangan masih memegang handle (stereng)," katanya.

Fedzrol yang mengalami pendarahan pada bahagian kepala berkata beliau amat bersyukur kerana kesemua penumpang termasuk dirinya selamat.

Katanya kejadian itu tidak mematahkan semangatnya dalam bidang penerbangan malah masih berani untuk mengendalikan pesawat, namun beliau bimbang persepsi orang ramai serta pihak berkuasa yang menilai kemampuannya berikutan kemalangan itu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad