web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasukan Doktor Udara Digantung Sementara - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 3:53PM

KKM juga akan melakukan perbincangan segera dengan Layang Layang Aerospace Sdn Bhd untuk melihat jika perkhidmatan FDU dapat diteruskan walaupun ketika menghadapi musim tengkujuh - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggantung sementara perkhidmatan Pasukan Doktor Udara (FDU) selepas insiden nahas helikopter membabitkan kakitangan kementerian terbabit di Brinchang, Cameron Highlands, petang semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia dilakukan bagi mendapatkan kepastian serta penilaian keselamatan daripada syarikat helikopter itu, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd, sebelum perkhidmatan FDU diteruskan di kawasan pedalaman.

Bagaimanapun, menurut beliau, hasil siasatan awal pihak berkuasa mendapati nahas tersebut tidak melibatkan masalah teknikal pada pesawat, sebaliknya berpunca daripada cuaca buruk.

“Saya tak jangka kita akan tangguhkan perkhidmatan ini untuk tempoh lama namun ini perlu bagi kita mendapatkan kepastian daripada syarikat penerbangan.

“Apa yang telah dilaksanakan oleh juruterbang tersebut demi memastikan pesawat dapat mendarat dengan selamat disebabkan cuaca yang sangat buruk, dan ini kita serahkan kepada pasukan siasatan udara untuk laksanakan siasatan, namun daripada dapatan awal, (ia) berkenaan cuaca sehingga terpaksa melakukan pendaratan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berkenaan insiden itu melalui penstriman langsung di Facebook KKM, hari ini.

Khairy memberitahu, perkhidmatan itu juga digantung bagi membolehkan khidmat kaunseling diberi kepada pasukan kedua FDU agar mereka tidak mengalami trauma selepas menyaksikan rakan terlibat dalam nahas tersebut. 

“Kita ada dua pasukan, sudah pasti pasukan kedua risau nak pergi misi mereka. Jadi, saya telah minta agar taklimat serta kaunseling diberi kepada mereka agar yakin untuk meneruskan perkhidmatan ini.

“Saya tak jangka perkhidmatan ini akan terganggu untuk tempoh lama, mungkin beberapa hari sahaja. Kita akan serah kepada pengarah untuk membuat penilaian dengan syarikat penerbangan agar perkhidmatan itu dapat diteruskan kembali secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, KKM sama sekali tidak meragui pengalaman dimiliki syarikat helikopter berkenaan, kerana ia merupakan agensi swasta berdaftar, malah telah melalui semakan keselamatan yang diwajibkan pihak berkuasa.

Menurut beliau, kementeriannya juga akan melakukan perbincangan segera dengan Layang Layang Aerospace Sdn Bhd untuk melihat jika perkhidmatan FDU dapat diteruskan walaupun ketika menghadapi musim tengkujuh.

“Kalau dapat bincang dengan syarikat penerbangan dan dapat beri kaunseling kepada pasukan kedua, kita boleh mula kembali perkhidmatan tersebut kerana ia merupakan servis setiap hari dari Ulu Kinta ke kawasan Ulu Perak dan Gua Musang,” katanya.

Semalam, sebuah helikopter yang dinaiki enam individu termasuk lima pegawai FDU terpaksa melakukan pendaratan cemas di kawasan hutan berhampiran Tanah Rata, Cameron Highlands bersempadan negeri Perak dan Pahang.

Dalam kejadian sekitar jam 1 tengah hari itu, semua mangsa dilaporkan selamat namun mengalami kecederaan susulan pendaratan cemas yang terpaksa dilakukan juruterbang akibat cuaca buruk.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa telah menghubungi pasukan keselamatan memaklumkan kejadian dan kini pasukan penyelamat sudah diatur gerak ke lokasi untuk menyelamatkan mereka.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kejadian berpunca apabila helikopter dinaiki mengalami masalah akibat cuaca buruk di lokasi, sehingga memaksa juruterbangnya mengambil keputusan untuk melakukan pendaratan. - Getaran, 27 Oktober 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar