Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Melampaunya, Kerajaan Beri Percuma Tapi ‘Dikhianati Pula’, Pelajar Jual PerantiSiswa Dikecam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 7:05AM

PerantiSiswa yang dimuatnaik dalam media sosial untuk dijual. - Tangkap layar dari Facebook Khairul Azri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memberikan tablet percuma kepada penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi mengurangkan bebanan mahasiswa dalam kalangan B40, seperti ‘sia-sia’ dan tidak dihargai segelintir mereka.

Umpama ‘madu dibalas tuba’, ada antara penerima sanggup mengetepikan kepentingan penggunaan peranti itu dalam membantu proses pembelajaran mereka, apabila dikesan menjualnya menerusi talian, malah pada harga lebih murah daripada nilai pasaran.

Berdasarkan pendedahan mengejutkan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Khairul Azri, beliau memberitahu terdapat mahasiswa menjual peranti disalurkan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu pada harga berbeza dan menawarkan ‘diskaun’ tertentu.

“PerantiSiswa. Barang dapat RM1299 (peranti) + RM209 (book cover) RM179 (keyboard) + RM99(stylus), tapi nah markdown jual RM800 - RM900, tak bukak kotak pun ada.

“Kau takyah (tak payah) tulis pun orang boleh tau tu barang kerajaan bagi sebab Samsung Malaysia Official tak jual 64gb punya varian.

“Kau letak iklan je orang tau kau jual barang free (percuma). Quick bucks, alasan ada ipad, pakai iphone so tak sesuai pakai tab, sekian-sekian,” katanya menerusi keterangan status di media sosial itu yang memaparkan beberapa gambar menunjukkan tawaran harga dibuat mahasiswa.

Justeru, Khairul mempertikaikan sekiranya mahasiswa terbabit tidak memerlukan peranti itu untuk tujuan pengajian sendiri, mengapa mereka memohon dan menerimanya.

“Sebab tu lah aku selalu kata bantuan atau subsidi pukal ni ‘bullshit’ (mengarut). Dalam ramai gila anak kampung orang susah tak dapat privi (kelebihan) guna device (peranti) macam ni, depa (mahasiswa) jual buat untung.

“Nak pemimpin bagus sekian-sekian, tapi rakyat, level (tahap) mahasiswa konon ‘termaha’ pandai, terpaling terpelajar, baru dapat sikit pun dah perangai serupa jebon. Camne (macam mana)?” soalnya.

Menerusi pemerhatian Getaran di gambar dipaparkannya dan perkongsian warga maya, peranti itu dijual antara RM800 hingga RM1,000 dengan kondisi dinyatakan di keterangan ditulis mahasiswa terbabit adalah 10/10 atau bermaksud produk baharu.

Ada pula berani menulis secara terang tajuk produk dijual mereka adalah PerantiSiswa dengan kotak dipaparkan terdapat logo ‘PerantiSiswa Keluarga Malaysia’.

Ia terbukti dengan jenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang sama seperti diberikan kerajaan.

Malah, mereka turut menulis alasan di sebalik ingin menjual produk itu adalah sudah memiliki gajet lain, termasuk iPad yang membuatkan mereka tidak mahu menggunakan peranti terbabit.

Faisal Ismail Aziz
Faisal Ismail Aziz

Sementara itu, menerusi tinjauan komen pengguna, terdapat respon diberikan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang kecewa dan mempertikaikan sikap segelintir mahasiswa terbabit.

“Bila tak ada kemudahan, kata macam-macam kepada kerajaan, bila diberi pinjam, mereka persoalkan kenapa tak bagi terus, bila dah diberi percuma, mereka jual pulak, apa punya makhluk lah…,” katanya.

“Dah bagi yang ada brand (jenama) macam ini pula. Kalau bagi yang tak ada brand, cakap tak ada kualiti bagai…,” kata seorang pengguna.

“Setiap bantuan kerajaan kena ada seorang penjamin yang tahu pelajar dibantu itu benar-benar memerlukan. Selepas diguna/dirosak pun perlu dipulangkan, kerajaan kena ada mekanisme uruskan bantuan dan terima balik untuk recycle (kitar semula). Perlu ada cara atasi kebocoran,” cadang Shu Kor.

“Itu sebab sepatutnya kena bagi tablet atau laptop ini kepada (pihak pengurusan) IPT (institusi pengajian tinggi)/sekolah. Hanya untuk kegunaan pelajar universiti/sekolah. Lepas itu, IPT dan sekolah terbabit terus daftar sebagai aset dan tampal besar-besar ayat ‘hak kerajaan Malaysia, macam kami yang mana pakai laptop/tablet dibekalkan agensi. Baru tak akan salah guna di situ,” komen Nabil Ali.

“Blacklist (senarai hitamkan) sahaja siswa macam ini, tak layak terima apa-apa sumbangan atau bantuan daripada kerajaan selepas ini. Waima nak minta kerja kerajaan pun jangan lepaskan. Masa belajar ni pun dah pandai jual bantuan kerajaan bagi, esok dah kerja kerajaan, jual pula aset kerajaan? Bukan boleh bagi muka,” tulis seorang netizen.

Ada pula warga maya berkongsi maklumat dipaparkan di laman sesawang KKMM yang menyatakan syarat harus dipatuhi penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia, antaranya bertanggungjawab menjaga keselamatan peranti diterima dan tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak.

Sekiranya mereka melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian, boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan pentadbir program. – Getaran, 26 Oktober 2022

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

Semasa 1 hari yang lalu

Jabatan Meteorologi Keluar Amaran Penerbangan, Gunung Ruang Meletus Semula

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM