web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MET Malaysia Nafi Ramal Cuaca Buruk Luar Biasa Hujung Oktober Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 7:09PM

MET Malaysia memaklumkan akan terus memantau perubahan cuaca signifikan dari semasa ke semasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan bahawa negara bakal berdepan cuaca buruk luar biasa akhir bulan ini.

Jurucakap jabatan tersebut berkata, terdapat penularan rakaman video di semua saluran media sosial termasuk aplikasi WhatsApp, kononnya fenomena tersebut diramalkan berlaku tidak lama lagi.

“Melalui pemantauan terkini, keadaan cuaca di Malaysia sedang dipengaruhi oleh penumpuan angin di Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah sehingga penghujung Oktober, yang berpotensi menyebabkan suhu lembab di kebanyakan negeri. 

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Ramalan Cuaca Signifikan semalam,” katanya hari ini.

Menurut beliau, MET Malaysia pada masa sama mengesan satu sistem tekanan rendah yang terbentuk di barat Filipina, dan dijangka bergerak ke arah barat dan barat laut menjauhi rantau negara.

“Bagaimanapun, kewujudan sistem ini memberi sedikit kesan terhadap keadaan laut.

“Oleh itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama telah dikeluarkan pada 12.30 tengah hari tadi dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam dan ombak sehingga 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang dalam tempoh 27 sehingga 30 Oktober,” katanya.

MET Malaysia katanya lagi, akan terus memantau dan memaklumkan perubahan cuaca signifikan dari semasa ke semasa. 

“Maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca boleh dicapai melalui laman web MET Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi serta Hotline di talian 1-300-22-1638.

“Sebarang penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya. - Getaran, 24 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad