web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: BN Perak Tak Gentar Berdepan Anwar Di Tambun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 6:41PM

Saarani Mohamad (kanan) ketika hadir pada program ramah mesra dengan keluarga K.Devagi (dua dari kiri) sempena Hari Deepavali di Kampung Chengai, Sungkai hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak tidak pernah gentar berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) sebagai calon di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata jentera parti UMNO dan BN telah lama melakukan pelbagai persediaan untuk berlawan habis-habisan dengan sesiapa sahaja termasuk calon 'nama besar' dari parti pembangkang.

"Saya juga percaya pengundi telah belajar daripada kesilapan (pada PRU-14 yang lalu), tak kanlah 'orang' Tambun begitu mudah tertipu dan terpedaya dengan Anwar Ibrahim yang telah ditolak oleh pengundi Melaka, Johor dan Sarawak pada pilihan raya negeri yang lalu.

"Keputusan Pakatan Harapan meletakkan Anwar Ibrahim untuk bertanding di Tambun tidak membimbangkan saya, tidak juga membuatkan saya gusar atau tidak tidur malam kerana saya tahu jentera parti sudah bersiap sedia dan kami (BN) yakin akan meraih undi yang banyak pada PRU-15 nanti,"  katanya.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program ramah mesra bersama keluarga K. Devagi, 57, sempena sambutan Deepavali di Jalan Lama Kampung Chengai, Sungkai di sini hari ini.

Ditanya mengenai kemungkinan meletakkan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah sebagai calon BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Saarani berkata keputusan mengenai perkara itu belum dimuktamadkan.

"Barisan Nasional ini ada kebijaksanaan yang tersendiri, kami akan umum bila tiba masanya dengan calon yang betul," katanya.

Pada Sabtu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Aminuddin dijangka dipilih BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun seperti dicadangkan Badan Perhubungan UMNO Perak.

Pada PRU-14, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon BN dan PAS, selepas meraih 38,661 undi dengan majoriti 5,320 undi.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai ura-ura meletakkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di kerusi Parlimen Gerik pada PRU nanti, Saarani berkata BN tidak akan meletakkan calon payung terjun.

"Barisan Nasional tidak akan mencipta masalah baharu, kami selesaikan masalah sedia ada dan jangan mencipta masalah baharu. Insya-Allah tidak ada calon payung terjun,"  katanya. 

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kerusi Parlimen Gerik dijangka menyaksikan pertembungan antara dua pemimpin 'muda' UMNO iaitu Asyraf Wajdi serta calon dari DAP iaitu Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Howard Lee Chuan How pada PRU15.

Pada PRU-14, calon BN Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia pada November 2020 memenangi kerusi Parlimen Gerik dengan majoriti sebanyak 5,528 undi. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik