web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TPM Sarawak, Sabah Perlu Kuasa, Bukan Sekadar Penuhi Protokol

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 4:38PM

Abang Johari menyambut baik cadangan mewujudkan jawatan TPM dalam kalangan pemimpin Sabah dan Sarawak namun bukannya TPM yang hanya untuk memenuhi protokol. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyambut baik cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada pemimpin Sarawak dan Sabah, namun berharap ia bukan sekadar memenuhi protokol.

Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, penyandang jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan itu perlu diberi kuasa agar dapat menjalankan fungsi untuk menjaga kepentingan kedua-dua wilayah tersebut.

Tegasnya, gabungan politik yang menawarkan jawatan tersebut perlu bersedia untuk memberikan kuasa sewajarnya sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Abang Johari Abang Openg - Gambar fail
Abang Johari Abang Openg - Gambar fail

"Kami mengalu-alukan dan menyambut baik tawaran itu, tetapi bukannya TPM yang hanya untuk memenuhi protokol.

"Kami mahu pemimpin Sarawak atau Sabah yang dilantik ke jawatan itu mempunyai kuasa sebenar seorang Timbalan Perdana Menteri," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Abang Johari, yang juga Premier Sarawak berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Tengah Hari Sempena Perayaan Deepavali anjuran peguam terkemuka Sarawak, Shankar R P Asnani, di sini, hari ini.

Beliau berkata, GPS tidak menghadapi masalah untuk menyediakan wakil berkelayakan bagi memegang jawatan nombor dua itu kerana memiliki ramai pemimpin berwibawa.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN bercadang untuk mewujudkan  tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri, termasuk dua untuk Sarawak dan Sabah jika berjaya membentuk kerajaan.

Beliau memberi jaminan pelantikan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung bagi mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri itu akan dimasukkan dalam manifesto BN sebelum PRU-15 nanti.

Sementara itu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ditemui media selepas Jelajah PH Sabah di Sandakan, pula menjanjikan tawaran seakan sama, iaitu dua jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada wakil Sabah dan Sarawak serta Semenanjung jika PH berjaya membentuk kerajaan. - Getaran, 24 Oktober 2022


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad