Berita Terkini

30 minit yang lalu: PRU15 : Calon BN Mohd Johari menang kerusi DUN Tioman - Pegawai Pengurus 2 jam yang lalu: Jambatan Pulau Pinang ditutup Ahad ini 2 jam yang lalu: Calon-calon Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat - PM 4 jam yang lalu: Harga petrol RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal 5 jam yang lalu: Fahmi Fadzil maklumkan nama kementerian diterajuinya kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital

IKUTI KAMI


Jalan Tak Berturap, Banjir Bila Hujan, Influencer Berang Kerajaan Kelantan Tak Ambil Peduli

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 2:22PM

Dr Syahr Musafir mendakwa laluan di sekitar rumah tidak pernah diturap menyebabkan ia ditakungi limpahan air setiap kali hujan. - Gambar dari Facebook Syahr Musafir,

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pempengaruh media sosial melahirkan rasa kecewa atas kelemahan pentadbiran negeri Kelantan, yang didakwa gagal menangani isu dan masalah setempat dengan baik.

Dikenali sebagai Dr Syahr Musafir, beliau yang aktif di Facebook mendakwa, laluan di sekitar rumahnya tidak pernah diturap, menyebabkan ia ditakungi limpahan air setiap kali hujan melanda.

Tambah memburukkan suasana katanya, lokasi sekitar juga berada dalam keadaan gelap kerana ketiadaan lampu jalan, malah perkhidmatan mengutip sampah yang jelas adalah satu keperluan untuk mana-mana kawasan perumahan turut tidak disediakan.

“Saya dah tak tahan, memang geram sangat dah ni. Hujan rintik-rintik bermula sekitar tengah malam semalam, berhenti sekejap kemudian hujan rintik-rintik semula. Saya bangun pagi ini, memandang ke jalan depan rumah, saya rasa tak senang hati melihatkan jalan berlecak. 

“Saya bukan tinggal di kampung, saya tinggal kawasan bandar. Kawasan rumah saya ni ada rumah-rumah yang dibeli dengan harga RM500,000 hingga RM2 juta. Saya mula tinggal di sini bermula September 2017, dikenakan cukai pintu (cukai bandar, atau juga dikenali sebagai cukai taksiran) bernilai RM385 setahun dalam keadaan tiada lampu jalan, tiada perkhidmatan kutip sampah, tiada longkang atau parit, dan paling teruk adalah tiada jalan berturap,” katanya, berang.

Keadaan jalan yang dilanda banjir.
Keadaan jalan yang dilanda banjir.

Syahr berkata, keadaan jalan yang buruk menyebabkan beliau terpaksa membelanjakan antara RM600 hingga RM700 untuk membeli dua lori batu bagi menambak jalan, bagi memudahkan pergerakan penduduk setempat.

Semua batu itu bagaimanapun katanya, akan dibawa air setiap kali musim hujan dan akhirnya, jalan tetap berlecak atau berlumpur sehingga mengotorkan kenderaan, apatah lagi tiada sistem longkang serta perparitan untuk menampung limpahan air.

“Saya telah hantar surat permohonan kepada pihak jabatan A (bukan nama sebenar), jabatan B (bukan nama sebenar, sebab malas dah nak tulis), jabatan itu ini, pihak itu ini, penggawa penghulu habis segala pihak, tetapi tiada jawapan. 

“Akhirnya saya terdesak, saya buat posting di Facebook berkaitan hal-hal ini, barulah mendapat sedikit respon, cukai jalan diturunkan daripada RM385 menjadi RM280 pada 2021 dan pengutipan sampah dilakukan setelah lebih 20 kali kami menelefon dan tulis surat. Bayangkanlah mencuba secara prosedur dan bersabar macam pengemis dari 2017 hingga 2020 membayar nilai cukai yang tinggi, barulah dapat. Memang kena guna kuasa viral di media sosial,” keluhnya.

Bapa lima anak itu turut mempersoalkan, apakah beliau tidak layak menerima semua prasarana tersebut hanya kerana kadar cukai yang telah diturunkan? 

“Lampu jalan tetap tiada, longkang tetap tiada dan paling teruk jalan tar tetap tiada. Adakah bayar cukai RM280 setahun tidak layak dapat jalan berturap? Murah sangat ke RM280 tu hingga tak layak untuk ada jalan tar di area rumah saya ni?

“Sebagai rakyat marhaen, cukai pintu sebanyak RM385 itu besar nilainya bagi saya. Nilai RM280 juga masih tetap besar. Dan jalan tak berturap depan rumah ni memang masalah besar. Dari  rumah, saya keluar ke tempat kerja, kereta mesti kotor berlumpur macam saya telah memandu ke hutan. Saya pergi cuci di kedai, balik rumah kereta jadi kotor semula. Ya Allah, saya tak reti nak cerita macam mana. Stress fikir pasal ni,” katanya, kesal.

Cukai pintu sebanyak RM385 yang dibayar oleh Dr Syahr Musafir.
Cukai pintu sebanyak RM385 yang dibayar oleh Dr Syahr Musafir.

Syahr memberitahu, keputusan mendedahkan permasalahan tersebut di media sosial dibuat bagi membolehkan isu berkenaan diviralkan sehingga mendapat perhatian pihak berwajib.

“Hari ini saya geram sangat dah, dan saya membuat keputusan untuk tulis di Facebook saya ni. Memang niat nak viral supaya mendapat perhatian pihak berwajib. Saya tinggal di kawasan bandar, bukan dalam hutan. Saya mahu jalan tar dibuat di kawasan rumah saya ni!,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, semua isu terbabit sudah disuarakan mengikut segala saluran dan prosedur sepatutnya, namun dirinya dilayan seperti bola.

“Hantar ke MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu), MPKB suruh hantar ke JKR (Jabatan Kerja Raya). Hantar ke JKR, JKR suruh hantar ke Bahagian Kejuruteraan. Selepas itu, kena pergi jabatan lain pula, hantar surat lain pula, kena tunggu. Bertahun-tahun buat. Bukan sekali dua. Sampai naik cemuh dah. Saya pernah tulis di Facebook pasal saya diketawakan oleh staf tertentu kerana berkali-kali pergi pejabat itu untuk buat permohonan jalan tar dan lampu jalan, sedih saya diperlakukan macam pengemis. Staf tu ketawakan dan sindir saya. 

“Lampu jalan tak ada, dengan semak samun tepi jalan, memang gelap gelita pada waktu malam. Dah berpuluh kali orang jatuh motosikal dan basikal di kawasan tu sebab jalan gelap, jalan tak elok (jalan tak rata dan ada lubang) dan sebagainya. Takkanlah nak tunggu orang mati dulu baru nak buat elok-elok???

Just don't get me started about bekalan air. We all know how air di Kelantan ni macam air teh beng, sekejap ada air kebanyakan masanya tak ada air bla bla bla just don't get me started with this issue sebab saya memang tulis posting ni untuk jalan tar, lampu jalan dan longkang. 

“Jangan tipu atau persoalkan jalan tar, lampu jalan, longkang bla bla bla ini bukan tanggungjawab pihak MPKB. Jangan mengarut,” bidasnya.

Katanya, laman sesawang MPKB iaitu  https://mpkbbri.kelantan.gov.my/index.php/rakyat/perkhidmatan/cukai-taksiran sendiri telah menyebut dan menyenaraikan beberapa perincian, antaranya kepentingan cukai taksiran.

“Cukai taksiran adalah perlu bagi membiayai :

1) Perkhidmatan pembersihan kawasan seperti pungutan sampah, kebersihan jalan, parit dan pemotongan rumput;

2) Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan pengindahan bandar;

3) Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan;

4) Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, pasar, tempat-tempat rekreasi dan sebagainya,” katanya.

Tangkap layar dari laman web Majlis Perbandaran Kota Bharu mengenai cukai taksiran.
Tangkap layar dari laman web Majlis Perbandaran Kota Bharu mengenai cukai taksiran.

Mengulas lanjut Syahr berkata, beliau sekeluarga telah menunggu dari September 2017 hingga sekarang selepas mengajukan pelbagai surat permohonan selama lima tahun.

“Wahai kerajaan Kelantan atau PAS atau Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, posting ini saya tulis dengan niat untuk mendapatkan jalan, lampu jalan dan longkang. Saya ulang, jalan tar, lampu jalan dan longkang! 

“Saya harap Tuan-Puan bantu viralkan hingga pihak berwajib respon dan berikan kemudahan ini kepada kami penduduk di sini. Tolonglah. 

''Saya serius. Hubungi saya Syahr 0137065332. Jangan sampai ada rakyat Kelantan saman kerajaan PAS Kelantan pulak. Nak dekat PRU (Pilihan Raya Umum) dah ni, lepas ni PRN (Pilihan Raya Negeri) pula. Kalau takde respon atau tindakan, memang tak payahlah undi PAS lagi. Geram,” katanya. 

Menjengah ke ruangan komen, beliau juga menjelaskan bahawa hantaran tersebut bukan bermotif politik, sebaliknya hanya menuntut hak sebagai rakyat yang setia membayar cukai.

“Sudah muncul manusia-manusia yang gelarkan saya mencari publisiti murahan, 'nak viral', bodoh dan tak reti minta bantuan cara baik. Ya Allah!!!

“Saya bersabar lima tahun. Saya bertahan lim tahun. Saya cuba macam-macam sepanjang lima tahun tu. Dan saya dah tak larat nak sabar.  Jadi orang entah dari mana yang gelarkan saya bodoh ke, publisiti murahan ke, silakanlah. Saya nak screenshot semua, nanti saya saman. Padan muka. Hahaha.

“Lima tahun ye, bukan lima saat, bukan lima minit, bukan lima jam, bukan lima hari, bukan lima minggu, bukan lima bulan. Tetapi lima tahun. 

''Selepas lima tahun barulah saya buat posting tu. Jangan sembang dengan saya pasal sabar. Don't talk to me about patience,” tegasnya. - Getaran, 23 Oktober 2022

Sorotan

1

Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen, RON95 dan Diesel Kekal

2

Jawa Barat: 3 Anggota Polis Cedera Angkara Pengebom Bunuh Diri

3

Majalah TIME Namakan Michelle Yeoh Sebagai ‘Icon Of The Year’

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PM Anwar Bertemu Bilal Erdogan

Politik 10 jam yang lalu

Anwar Hanya Terima Gaji Simbolik RM1 Setahun, Dakwaan Muhyiddin Fitnah Berulang

oleh Susan Albert

Semasa 5 jam yang lalu

Liputan 5G Sudah Capai 36 Peratus - Fahmi Fadzil

oleh Aiman Sadiq

Semasa 6 jam yang lalu

PRU-15: Segelintir Pengundi Di Padang Serai Tidak Tahu Calon Tarik Diri