web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


STF Syor Tommy Thomas Disiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 6:35PM

Tommy Thomas - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas Khas (STF) yang menyiasat dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ hasil tulisan Tan Sri Tommy Thomas, mengesyorkan supaya mantan Peguam Negara itu disiasat.

Menurut pasukan tersebut, agensi penguatkuasa berkaitan disyorkan untuk menyiasat Tommy mengikut Seksyen 124I dan 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selain itu, STF mengesyorkan Tommy disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 serta Peraturan, Prosedur dan Pekeliling Kerajaan.

Menurut pasukan itu, pihaknya menyiasat 19 dakwaan dalam buku berkenaan dan terdapat empat isu utama yang dikaitkan, iaitu badan kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tanpa kebenaran, penyalahgunaan kuasa dan kecuaian profesional serta kenyataan menghasut.

Katanya, berdasarkan analisis dan pemerhatian terhadap dakwaan berkenaan serta maklumat dan dokumen disediakan, jawatankuasa itu berpendapat ada kemungkinan berlaku pelanggaran terhadap lima undang-undang serta peraturan.

Ia adalah antara tiga syor dikemukakan STF dalam laporan siasatannya yang dimuatnaik di  laman sesawang rasmi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pasukan khas itu juga mencadangkan empat langkah perlu diambil kerajaan bagi menangkis persepsi umum terhadap campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman atau kekurangan kebebasan kehakiman.

Ia termasuk pindaan terhadap Seksyen 5(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bagi membolehkan pelantikan empat individu dihormati dalam JAC, dibuat Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara.

Selain itu, Perdana Menteri perlu secara tegas mematuhi Seksyen 2 Akta JAC bagi mempertahankan kebebasan kehakiman.

“Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman perlu diasingkan kepada dua badan bebas. Satu ialah badan mengendalikan pelantikan, kenaikan pangkat, pemindahan pegawai kehakiman untuk ditempatkan di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

“Satu lagi badan bagi mengendalikan pelantikan, kenaikan pangkat, pemindahan pegawai perundangan untuk ditempatkan di bawah Pejabat Peguam Negara.

“Pejabat Peguam Negara perlu dipisahkan daripada Pendakwa Raya,” katanya dalam bahagian Ringkasan Eksekutif laporan berkenaan.

Pasukan itu juga mengesyorkan supaya garis panduan diwujudkan bagi mentadbir urus pelaksanaan kuasa oleh Peguam Negara untuk melantik peguam luar bagi mewakili kerajaan dalam kes sivil serta mendakwa kesalahan, supaya pelaksanaan kuasa itu boleh dilakukan secara telus dengan integriti dan bukan sewenang-wenangnya.

Sementara itu berdasarkan pemerhatian umum, STF berkata, walaupun Tommy daripada Majlis Peguam mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk dilantik sebagai Peguam Negara, beliau kurang pengalaman dan kemahiran pengurusan bagi menerajui atau bertanggungjawab ke atas sebuah jabatan kerajaan yang besar, iaitu dengan lebih 2,000 pegawai perundangan serta sejumlah besar kakitangan sokongan.

“Walaupun beliau kritikal mengenai apa dianggapnya sebagai kekurangan pengalaman pegawai perundangan dalam sesetengah bidang undang-undang dan kekurangan komitmen dalam tugas mereka, beliau tidak mengambil atau memulakan sebarang langkah untuk memperbaiki kelemahan itu.

Satu-satunya langkah diambil beliau ialah melantik peguam luar pilihannya dengan perbelanjaan kerajaan Persekutuan,” katanya. - Getaran, 22 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan