web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Mahu Kuasa, Kekayaan Dunia Akan Rosakkan Negara - Sultan Sharafuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 6:50PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar dari Facebook Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan mencari kekayaan dunia akan menjadi perosak serta pengkhianat kepada rakyat dan negara.

Perkara itu diingatkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi titah Baginda yang dimuatnaik di Facebook Selangor Royal Office.

Menerusi hantaran itu, Baginda menyeru sekalian rakyat khususnya umat Islam agar menghayati dan memahami intipati khutbah Jumaat disampaikan khatib di masjid di Selangor hari ini yang bertajuk ‘Pemimpin dan Negara’.

Senada dengan khutbah berkenaan, Baginda turut ingin mengingatkan pemimpin bahawasanya pemimpin yang hanya mahukan kuasa dan mencari kekayaan dunia akan menjadi perosak dan pengkhianat kepada rakyat dan negara.

“Sesungguhnya pemimpin yang tidak menegakkan nilai integriti, kejujuran dan amanah, menyebabkan pemimpin itu sendiri terjerumus ke dalam aktiviti bersifat kemunafikan serta kemaksiatan seperti mengamalkan amalan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan menyebarkan fitnah yang mengakibatkan kerosakan sebuah kehidupan bermasyarakat serta bernegara,” menurut titah itu, hari ini.

Baginda juga bertitah, pemimpin yang khianat, menipu dan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan diri, pasti dibenci rakyat serta dikutuk Allah SWT kerana boleh menjahanamkan negara.

“Rosaknya pemimpin maka rosaklah negara ibarat kata pujangga ‘jika keruh air di hulu, maka keruhlah ia di hilir’.

“Pemimpin berintegriti, jujur dan beramanah bukan sahaja akan mengubah landskap dan ekosistem kehidupan bermasyarakat, bahkan akan memacu negara untuk mencapai matlamat dirangka agar menjadi sebuah negara mampan, stabil, dihormati dan beridentiti.

“Bukannya sebuah negara yang dikenali dengan kemunafikan, penuh dengan isu dan kontroversi salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah, pengkhianatan serta adu domba yang merosakkan penjanaan keutuhan dan perpaduan bangsa serta negara,” katanya.

Sultan Sharafuddin bertitah, integriti adalah kepatuhan kepada prinsip beragama, nilai dan norma sejagat serta etika yang kuat.

Titahnya, insan terbaik yang sangat umat Islam cintai, junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menonjolkan dirinya sebagai ikon hamba Allah berintegriti tinggi, sehingga dikenali dengan gelaran ‘al-Amin’, iaitu ‘yang sangat dipercayai’ dalam kalangan masyarakat Islam ketika itu.

Baginda bertitah, integriti berlandaskan nilai Islam yang berpaksikan kepada kekuatan akidah, syariah dan akhlak adalah penyelesaian terbaik kepada kerosakan serta kemelut dalam diri, organisasi serta negara hari ini.

“Sedarlah wahai pemimpin, janganlah kamu menjadi pengkhianat terhadap amanah diberikan,” katanya.

Selain itu, Baginda bertitah, sifat jujur dan amanah hendaklah menjadi identiti sebati dalam diri pemimpin. 

“Pemimpin hendaklah menyerlahkan bukan sahaja kelembutan budi bahasa, tetapi kemuliaan akhlak dari sudut kejujuran dan keikhlasan serta boleh diyakini dan dapat dipercayai rakyat, bahkan mengundang kehormatan daripada negara lain di dunia.

“Pada masa sama, pemimpin jujur dan amanah pastinya seorang pemimpin yang bukan sahaja jujur kepada orang lain, bahkan kepada diri sendiri,” titahnya. – Getaran, 21 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad