web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 11 Tahun Maut, Dihempap Palang Gol

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 5:01PM

Mangsa dipercayai dihempap besi palang gol ketika berlangsungnya aktiviti sukan tahunan sekolah di padang Pekan Manggatal, Sabah. - Gambar dari Facebook Adwin Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas dihempap palang gol ketika menyertai aktiviti sukan tahunan sekolah di padang Pekan Manggatal, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata dalam kejadian 12.20 tengah hari itu, mangsa yang juga murid tahun lima disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas.

"Mangsa adalah murid di Sekolah Kebangsaan Lok Yuk, Manggatal. Ketika kejadian mangsa dipercayai dihempap besi palang gol ketika berlangsungnya aktiviti sukan tahunan sekolah di padang berkenaan.

“Kejadian disedari oleh bapa mangsa dan juga guru sekolah yang bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan segera. Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur perbuatan jenayah ditemukan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan lanjut masih dijalankan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar