web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Subkontraktor DASH Tidak Dibayar: PROLINTAS Digesa Campur Tangan, Anjur Sesi Dialog

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 9:51AM

Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebagai pemegang konsesi Projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) digesa campur tangan dalam membantu subkontraktor projek tersebut yang didakwa masih belum dibayar.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff mengakui ada menerima aduan daripada kalangan subkontraktor yang tidak menerima bayaran seperti didakwa.

Justeru, beliau mencadangkan agar PROLINTAS mengadakan sesi dialog bersama subkontraktor yang terkesan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Malah katanya, jika perlu, mereka disaran membuat surat ikatan atau ‘deed assignment’ melibatkan bayaran kepada subkontraktor terbabit.

“Dengan keadaan kos bahan binaan yang masih lagi tinggi, kita berasa simpati dengan nasib subkontraktor yang terkesan. 

“Mereka juga ada yang meminjam dari bank, jadi perlu melangsaikan bayaran pinjaman bank, sewa pejabat dan gaji kakitangan,” katanya kepada Getaran.

Baru-baru ini, Getaran melaporkan terdapat segelintir subkontraktor projek berkenaan mendakwa belum menerima bayaran meskipun laluan itu telah dibuka kepada orang ramai pada 14 Oktober lalu.

Isu tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin, yang meminta perkara tersebut dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR).

Sementara itu, PROLINTAS dalam satu kenyataan pada hari sama memberitahu, sebarang tuntutan, pertikaian dan dakwaan tunggakan yang belum dilunaskan kepada segelintir subkontraktor DASH akan diperhalusi menerusi proses termaktub melalui perjanjian kontrak.

Jurucakapnya berkata, perkara itu akan diteliti secara terperinci bagi memberi keadilan kepada semua pihak, termasuk proses timbang tara di antara kontraktor utama, Turnpike Synergy Sdn Bhd (Turnpike) dan kontraktor pakej kerja (KPK).

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (PLDASH) merupakan syarikat pemegang konsesi DASH, manakala Turnpike adalah kontraktor utama yang dilantik PLDASH untuk menyiapkan kerja pembinaan DASH. 

PLDASH dan Turnpike adalah anak syarikat milik penuh PROLINTAS.

Lebuhraya sepanjang 20.1 kilometer (km) dengan 13 persimpangan keluar masuk itu dibuka mulai 12.01 tengah malam pada 14 Oktober lalu.

DASH menghubungkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT). 

Mengulas lanjut, Azman berkata, pihak PKBM bersedia menjadi pengantara bagi sesi dialog tersebut dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya perlu, sesi dialog tersebut juga boleh melibatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai agensi di bawah KKR bagi membantu mempermudahkan proses itu dan seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak yang cuai dalam pembayaran.

“Tapi kita juga kena faham apa punca kontraktor utama tak boleh bayar kepada subkontraktor, sama ada mereka juga tidak mendapat bayaran dari PROLINTAS.

“Cuma saya difahamkan PROLINTAS adalah konsesi yang utamakan bayaran kepada kontraktor,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, PROLINTAS juga perlu melihat masalah dihadapi kontraktor kecil G1 hingga G4 yang terlibat dalam isu berkenaan.

“PROLINTAS memang bagus dalam (melakukan) pembayaran kerana tahap kewangan mereka kukuh apatah lagi mereka dimiliki sepenuhnya Permodalan Nasional Berhad (PNB),” katanya.

Sementara itu, seorang subkontraktor terlibat yang namanya enggan didedahkan turut menyokong cadangan PKBM agar satu sesi dialog diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah pembayaran dibangkitkan.

“Sekarang ini masing-masing berbalas kenyataan melalui media, jadi isu ini tidak akan selesai.

“Satu-satunya jalan terbaik bagi semua pihak terutamanya subkontraktor terlibat adalah membawa masalah berbangkit dalam sesi dialog bersama PROLINTAS,” katanya.

Tambahnya, kali terakhir pihak subkontraktor dipanggil menghadiri taklimat khas oleh PROLINTAS adalah sekitar pertengahan tahun lalu.

Namun dalam pertemuan itu dakwanya, subkontraktor terlibat hanya dimaklumkan mengenai penamatan kontrak mereka.

Dalam pada itu, jurucakap PROLINTAS yang dihubungi Getaran enggan mengulas mengenai cadangan sesi dialog tersebut sebaliknya, meminta subkontraktor terlibat merujuk kenyataan pihaknya yang pernah dikeluarkan sebelum ini. - Getaran, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KSU, KP Perlu Berani Tamat Perkhidmatan Kontraktor Berprestasi Rendah - KSN

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Subkontraktor DASH Berdepan Kebankrapan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad