Berita Terkini

5 minit yang lalu: Turkiye, Indonesia, Malaysia antara 20 pengeksport ekonomi halal terbaik 6 minit yang lalu: JPS keluar notis kesiapsiagaan banjir kilat di 3 negeri di Pulau Pinang, Perak dan Johor 6 minit yang lalu: Komponen sistem PIES disambar petir punca gangguan LRT Kelana Jaya 7 minit yang lalu: Dua lelaki termasuk warga emas cedera selepas tabung NGV meletup di Johor 8 minit yang lalu: Jenayah indeks menurun 19.3 peratus, jenayah komersial meningkat 15.3 peratus pada 2021

IKUTI KAMI


Bella Cedera Bukan Sebab Kemalangan Atau Perbuatan Sendiri, Tapi Disyaki Didera - Saksi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 8:16PM

Siti Bainun Abd Razali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyiasat kanan hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kecederaan dialami remaja perempuan sindrom Down, yang dikenali sebagai Bella, bukan disebabkan kemalangan atau perbuatannya sendiri sebaliknya disyaki didera.

ASP Rohaini Baharom daripada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata ini berdasarkan rakaman percakapan dua doktor Hospital Kuala Lumpur yang merawat Bella iaitu Dr Nizam Malik Bali Mohamed serta Dr Sheshadri Sridar. 

“Daripada siasatan saya, pakar pediatrik Dr Nizam Malik dalam keterangannya memberitahu semasa beliau membuat pemeriksaan terhadap Bella, ada kesan kecederaan parut baharu dan lama di bahagian tubuh badan mangsa dan berpendapat kecederaan itu bukan disebabkan kemalangan tetapi disyaki ada unsur penderaan,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-20 itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berusia 13 tahun itu.

Beliau berkata Dr Sheshadri turut memaklumkan hasil pemeriksaannya terhadap Bella mendapati banyak kesan parut baharu dan lama selain kulit baharu tumbuh pada badan mangsa.

“Dr Sheshadri juga menyatakan kecederaan adalah disebabkan benda panas seperti minyak panas, air dan objek panas atau puntung rokok. Kecederaan pada Bella bukan disebabkan kemalangan atau perbuatan sendiri dan kecederaan itu berlaku dalam tempoh masa yang panjang,” katanya.

Rohaini juga berkata doktor psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan pula memaklumkan Bella merupakan seorang kanak-kanak sindrom Down yang tidak mempunyai masalah mental dan boleh bertutur sepatah-sepatah.

Kepada soalan peguam Mohammad Farhan Maaruf, yang mewakili Siti Bainun, saksi itu berkata kecederaan Bella bukan disebabkan kemalangan tetapi disyaki penderaan berdasarkan keterangan pakar perubatan yang merawat mangsa.

"Hasil siasatan mendapati ada berlaku penganiayaan atau penderaan ke atas Bella," katanya yang turut menafikan dakwaan peguam bahawa siasatan kes itu adalah berat sebelah.

Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung 26 Oktober ini. - Bernama

Sorotan

1

Nurul Izzah Positif COVID-19, Mohon Maaf Tidak Dapat Sertai Majlis Kesyukuran

2

Indra, Zii Jia Berpisah

3

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

152 ‘Bookie’ Ditahan Dalam Op Soga Piala Dunia 2022

oleh Fitri Nizam

Semasa 20 jam yang lalu

Barisan Kabinet Perlu Hormati Pegawai Perkhidmatan Awam

oleh Sofian Baharom

Semasa 22 minit yang lalu

Perkhidmatan LRT Kelana Jaya Kembali Pulih

Semasa 1 hari yang lalu

Miliki Dadah Di Perairan Negara, 4 Warga Asing Ditahan 

oleh Aiman Sadiq