web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Isteri Didakwa Ejen Mossad Bukan Ahli PKR - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 5:10PM

Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa pasangan suami isteri ini bukan ahli PKR. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri yang didakwa dalam kes penculikan terhadap rakyat Palestin serta mempunyai kaitan dengan agensi perisikan Mossad, disahkan bukan ahli PKR.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, ia susulan penularan dakwaan kononnya dua individu tersebut merupakan ahli PKR atau ada kaitan dengan partinya.

“Semalam tular di media sosial dakwaan bahawa dua individu yang ditahan itu merupakan anggota PKR atau ada kaitan dengan parti. Mereka juga didakwa memiliki hubungan dengan Mossad.

“Saya sahkan bahawa dua individu tersebut, iaitu Nidarayahu Zainal dan Raibafie Amdan, bukan anggota mana-mana Cabang PKR dan tiada kaitan dengan parti,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

Menurut beliau, kedua-dua individu terbabit dikaitkan dengan PKR apabila terdapat penggunaan logo PKR di akaun Facebook pasangan berkenaan, dan gambar mereka menjulang bendera parti tersebut.

“Berhubung gambar individu tersebut mengangkat bendera PKR, atau gambar akaun Facebook dengan logo PKR sekitar 2018, ia merupakan tindakan dan pilihan peribadi yang tidak ada kaitan sama sekali dengan parti,” katanya.

Fahmi pada masa sama mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tindakan pantas memberkas 11 suspek, seterusnya membebaskan warga Palestin yang diculik dipercayai atas arahan Mossad, iaitu agensi keselamatan dan perisikan Israel.

“Semua yang didapati bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan,” tegasnya.

Bulan lalu, 18 individu lelaki dan wanita rakyat tempatan serta warga Indonesia diberkas antara 29 September sehingga 4 Oktober lalu dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Melaka selepas terbabit dalam kes culik seorang lelaki warga Palestin di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 28 September lalu.

Mangsa yang dipercayai ahli perniagaan itu bagaimanapun berjaya diselamatkan menerusi serbuan berasingan yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pada 14 Oktober lalu, 11 individu termasuk seorang wanita kemudian didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas dipercayai terbabit dalam kes penculikan berkenaan.

Motif penculikan dipercayai untuk mendapatkan maklumat berkaitan perisian menggodam telefon bimbit yang dimiliki warga Palestin terbabit. – Getaran, 19 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad