web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejadian Bella Terkena Air Panas Termos Tidak Pernah Berlaku - Pegawai Penyiasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 7:01PM

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyiasat hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kejadian termos berisi air panas yang didakwa tertumpah sehingga menyebabkan kecederaan pada tubuh remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella tidak pernah berlaku.

Inspektor Suhaili Mahad, 31, dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata ini kerana termos itu, yang dijadikan sebagai barang kes, berada dalam keadaan baik dan tiada kesan pecah.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati termos itu tidak jatuh sebab tidak ada kesan kemek,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-19 itu berkata tiga penghuni Rumah Bonda dikenali sebagai Yasmin, Balqis dan Aida serta Siti Bainun sendiri seolah-olah membacakan ‘skrip’ sama berhubung kejadian termos berisi air panas yang didakwa jatuh dan tertumpah ke atas Bella.

“Persamaannya ialah mereka menceritakan perkara sama iaitu Bella dikejar dari belakang oleh Balqis kerana berebut ‘jajan’ (makanan ringan) dan kemudian Bella tertarik termos lalu air panas tertumpah pada badannya.

“Namun apabila saya menemu bual seorang doktor yang merawat Bella di bahagian kecemasan, doktor itu mengesahkan terdapat kecederaan lama dan baharu pada badan remaja itu.

“Jadi, saya percaya apa yang disampaikan mengenai kejadian termos tertumpah itu tidak berlaku,” katanya.

Keterangan Suhaili itu bagaimanapun dibantah oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf, yang mewakili Siti Bainun, atas alasan saksi bukan seorang pakar untuk memberi dapatan berhubung keadaan termos tersebut.

Zilfinaz kemudian berkata Suhaili menyiasat semua saksi, jadi itu adalah dapatan beliau selaku pegawai penyiasat.

Mohammad Farhan: Suhaili bukan seorang pakar untuk menentukan kerosakan termos berkenaan.

Zilfinaz: Tidak perlu pakar untuk lihat apa-apa kerosakan sebab kita boleh lihat termos itu sendiri, mesti ada kerosakan jika jatuh.

Hakim Izralizam Sanusi menolak bantahan pembelaan dan merekodkan jawapan Suhaili.

Yasmin Nahar Mahmood, 19, dalam keterangan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa kecederaan melecur yang dialami Bella adalah disebabkan tumpahan air termos dan bukan daripada mesin penapis air.

Suhaili juga memberitahu mahkamah beliau hanya menjalankan siasatan dari sudut pengabaian dan mengakui tiada keterangan lanjut daripada saksi berkaitan penderaan yang berlaku.

Beliau juga mengakui tidak merampas telefon bimbit Siti Bainun dan hanya mengambil telefon bimbit milik Zurianty Sudin dan Hani Azura, yang merupakan rakan tertuduh.

Muhammad Farhan: Sekiranya Puan Suhaili rampas telefon bimbit Siti Bainun dan serahkan kepada polis maka akan ada dua versi boleh dibandingkan yang mungkin membantu siasatan.

Suhaili: Tidak setuju.

Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Perbicaraan di hadapan Izralizam bersambung esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran