web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Kurang Siuman Mengamuk Atas Bumbung Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 7:03AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis menahan seorang lelaki kurang siuman yang mengamuk dan membawa parang serta pisau di atas bumbung dalam kejadian di rumah sewanya di Bukit Tempayan, Tanjung Keling di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata dalam insiden pada kira-kira 11.30 pagi itu, suspek yang berusia 37 tahun telah bertindak menumbuk bahagian mata isteri selain memarahi anak-anaknya.

“Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk meminta anak-anak lelaki itu memujuk bapa mereka untuk turun tetapi suspek tidak mengendahkannya dan terus merapu-rapu di atas bumbung. 

“Suspek tetap enggan memberi kerjasama walaupun usaha memujuk turut dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka selain bertindak agresif dengan memaki hamun anggota polis yang cuba memujuk dia,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata berlaku pergelutan antara anggota polis dengan suspek yang agresif ketika cuba ditangkap menyebabkan beberapa keping atap jenis asbestos pecah namun dia akhirnya berjaya digari sebelum dibawa turun dengan bantuan anggota bomba pada kira-kira 1.40 tengah hari.

“Berdasarkan keterangan mangsa yang berusia 38 tahun, suaminya merupakan pesakit mental dan telah beberapa kali mendapat rawatan psikiatrik di Hospital Melaka selain difahamkan lelaki itu telah lama enggan makan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.

“Mereka telah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai tiga anak berusia antara 10 hingga 13 tahun selain sudah menyewa di rumah itu lebih lima tahun lalu dengan kadar sewaan RM300 sebulan,” katanya sambil menambah suspek dihantar ke Hospital Melaka kerana cedera di kening dan beberapa bahagian badan akibat pergelutan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad