web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Rasuah Tok Mat, SPRM Digesa Segera Siasat Laporan Sarawak Report

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 9:30PM

Mohamad Hasan - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat segera laporan Sarawak Report berhubung dakwaan rasuah yang dilakukan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Penasihat Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (JPNM), Datuk Halim Tuan Rahmat berkata, siasatan tersebut perlu disegerakan berikutan Mohamad bukan sahaja menyandang jawatan kedua tertinggi parti, bahkan turut bertindak sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO.

Menurut beliau, laporan yang disiarkan portal berkenaan empat hari lalu antara lain mendakwa, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu terbabit dalam pengubahan wang haram berjumlah RM10 juta, yang dilakukan melalui sebuah syarikat pengurup wang.

Portal itu juga mendakwa, lesen operasi syarikat berkenaan sudah ditarik susulan transaksi tersebut.

Syed Muhammad Imran (kiri) dan Halim pada sidang media selepas membuat laporan di SPRM Putrajaya, hari ini. - Ihsan SPRM
Syed Muhammad Imran (kiri) dan Halim pada sidang media selepas membuat laporan di SPRM Putrajaya, hari ini. - Ihsan SPRM

“JPNM bimbang dengan laporan Sarawak Report yang dianggap sebagai tohmahan dan tuduhan ketika negara berada di ambang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Sebagai NGO kami berasa sangat dukacita. Justeru, kami meminta SPRM menyiasat laporan Sarawak Report itu,” katanya selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Halim berkata, pihaknya sebelum ini pernah membuat laporan kepada SPRM mengenai dakwaan hampir sama oleh Raja Petra Kamarudin yang disiarkan di portal Malaysia Today.

"Hari ini saya datang semula membuat laporan kepada SPRM kerana laporan dikeluarkan Sarawak Report mempunyai butiran terperinci dan sedikit berbeza sedikit berbanding yang disiarkan Raja Petra sebelum ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden JPNM, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, mereka amat berharap SPRM dapat meneliti perkara itu dengan terperinci supaya tohmahan dan fitnah seumpamanya tidak ditimbulkan pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita perlu jelas mengenai perkara ini supaya pembangkang tidak mainkan isu. Ia adalah sangat penting kerana Mohamad adalah juga Pengarah Pilihan Raya (UMNO).

"Kita perlukan keadilan kepada Mohamad dan UMNO," katanya. – Getaran, 17 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan