web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jho Low, Bapa Dijatuhi Hukuman Penjara Kerana Menghina Mahkamah

Semasa · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 4:19PM

Jho Low - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar pembekuan aset atau perintah injunksi Mareva yang dikeluarkan mahkamah pada Mac dan April tahun ini yang memerlukan mereka mendedahkan lokasi keberadaan dan aset mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz mengeluarkan waran komital itu selepas membenarkan permohonan peguam 1Malaysia Development Berhad, Siva Kumar Kanagasabai.

1MDB dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Ltd (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Ltd) memfailkan permohonan komital itu pada Mei, selepas tidak menerima sebarang maklum balas daripada defendan berdasarkan injunksi Mareva.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, Siva Kumar berkata hakim juga memerintahkan kedua-duanya membayar kos RM5,000.

"Hakim juga menjatuhkan hukuman penjara sehingga penghinaan itu diselesaikan,” jelas peguam itu.

Semasa prosiding hari ini, kedua-dua individu iaitu anak dan bapa tidak diwakili peguam kerana peguam mereka daripada Tetuan Valen, Oh & Partners telah menarik diri pada Julai lepas.

Pada 12 Ogos lepas, mahkamah membenarkan 1MDB dan Global Diversified Investment Company memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap mereka.

Kedua-dua syarikat itu memperoleh injunksi ex-parte Mareva pada 15 Mac, dan ia dilanjutkan pada 20 April, iaitu syarikat tersebut memohon untuk membekukan aset US$1.03 bilion milik Jho Low dan aset bapanya US$401.5 juta, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Jho Low dan bapa sepatutnya mendedahkan keberadaan mereka kepada 1MDB dan anak syarikat, dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah pada 15 Mac dan 20 April atas arahan peguam mereka. Mereka tidak berbuat demikian.

Berikutan kegagalan mereka mematuhi seperti yang diarahkan, 1MDB dan anak syarikatnya memulakan prosiding penghinaan itu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad