web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Akan Dibentang Sekali Lagi Sebelum Akhir Tahun - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 3:09PM

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah membentangkan Bajet 2023 yang melibatkan peruntukan RM372.3 bilion pada 7 Oktober lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bajet 2023 akan dibentangkan sekali lagi sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata Bajet 2023 perlu dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat agar semua inti pati yang terkandung dalam belanjawan persekutuan itu dapat dilaksanakan.

“Kita dah umumkan bajet. Macam-macam kita hendak bagi kepada rakyat. Semua kita nak bagi ini tetapi kita belum luluskan lagi bajet (Bajet 2023),” katanya ketika berucap merasmikan Ramah Mesra Perdana Menteri bersama peserta FELCRA, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Warga Orang Asli di Arena Merdeka di sini hari ini.

Ismail Sabri berjanji akan melaksanakan segala inisiatif dalam Bajet 2023 jika terus diberi mandat sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalau orang lain perintah, saya tak jamin dapat apa yang dijanjikan. Ada beza antara bajet yang dibentang, tidak dilulus dengan manisfesto. Manifesto ini janji.

“Tetapi bajet apabila dibentangkan, bermakna duit telah tersedia. Itu beza. Duit sudah ada cuma tunggu lulus sahaja untuk laksana,” katanya.

Pada 7 Oktober lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 yang melibatkan peruntukan RM372.3 bilion.

Ia bagaimanapun belum dilulus atau dibahaskan di Dewan Rakyat susulan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lepas oleh Ismail Sabri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad