web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tutup Pejabat UNHCR: Terpulang Kepada Malaysia - AS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 12:15PM

Amerika Syarikat menyerahkan kepada Malaysia untuk membuat keputusan berhubung cadangan menutup pejabat UNHCR di negara ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Amerika Syarikat (AS) menyerahkan kepada kerajaan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung cadangan menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini. 

Timbalan Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara AS, Melissa Brown berkata demikian semasa sesi meja bulat bersama media Malaysia di Kedutaan AS di Malaysia di sini, hari ini.

Media melaporkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad mencadangkan pejabat UNHCR di Malaysia ditutup bagi membolehkan Putrajaya menguruskan pelarian di negara ini dengan lebih baik tanpa "gangguan luar".

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata cadangan untuk menutup pejabat UNHCR di Malaysia, tidak bermaksud hubungan dengan badan antarabangsa itu terputus.

"...Apa yang boleh saya katakan...pejabat (UNHCR) memainkan peranan penting. Kami memuji Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian yang rentan di seluruh rantau ini dan selainnya.

“Amat penting untuk kita semua memastikan pelarian mendapat penjagaan dan sokongan yang mereka perlukan, sama ada akses kepada pendidikan atau rawatan perubatan serta peluang untuk mata pencarian dan masa depan lebih baik.

“Saya rasa terpulang kepada kerajaan Malaysia apakah langkah seterusnya khususnya mengenai   UNHCR,” kata diplomat Amerika itu.

Brown yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi turut memuji Malaysia yang menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian dan memastikan mereka mendapat akses pendidikan serta rawatan perubatan.

Mengenai hubungan diplomatik AS-Malaysia yang telah menjangkau 65 tahun, Brown berkata ikatan itu berakar umbi berdasarkan hubungan rapat antara rakyat, ekonomi dan keselamatan.

“Dari perspektif AS, kami mahu menjalinkan hubungan yang akrab dengan Malaysia, memperkukuh ikatan persahabatan dan kerjasama berdasarkan nilai demokrasi, menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara akan terus memperluas hubungan perdagangan serta pelaburan dengan mengambil kira AS sebagai pelabur asing utama di Malaysia terutama dalam sektor elektronik. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar