web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID Kembali Bawah 2,000 Kes, 2 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 12:03PM

Jumlah keseluruhan individu yang telah dijangkiti virus COVID-19 meningkat kepada 4,867,192 kes setakat ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan baharu COVID-19 di negara ini kembali bawah 2,000 kes dengan 1,712 kes direkodkan semalam, berbanding 2,023 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,867,192 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 1,710 kes tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak dua lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian itu masing-masing berlaku di Kedah dan Johor.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,417 kes setakat ini dengan 7,743 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 23,892 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.7 peratus atau 22,854 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, tiada kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,002 orang atau 4.2 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 36 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 1,699 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,806,883 kes. - Getaran, 17 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek