web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amirudin Tidak Buat Permintaan Bubar DUN Kepada Sultan Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 7:35PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerusi sesi menghadap pada 11 Oktober lepas, Amirudin tidak membuat permintaan itu dan berhasrat meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Susulan itu, baginda mengambil maklum akan kedudukan ini dan mengharapkan agenda pembangunan Selangor yang telah dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Mohamad Munir berkata ini berikutan terdapat beberapa kenyataan yang kurang tepat dilaporkan di akhbar dan media sosial berhubung keputusan Kerajaan Selangor untuk tidak membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini.

Selasa lepas, Amirudin memaklumkan Sultan Selangor berkenan agar pentadbiran kerajaan negeri itu penggal ini diteruskan susulan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa 10 Oktober supaya dapat memfokus kepada usaha menjamin kesejahteraan rakyat.

Amirudin berkata perkara itu dititahkan ketika beliau menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan di sini, dalam sesi menghadap berjadual. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad