web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembubaran Parlimen Tidak Jejas Program Perantisiswa - Annuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 3:31PM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Semua program kerajaan termasuk pemberian peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia diteruskan walaupun Parlimen sudah dibubarkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau turut menolak khabar angin yang mengatakan program peranti siswa itu terhenti susulan pembubaran tersebut.

“Pertama sekali ada yang membuat khabar angin bahawasanya pembahagian peranti terhenti kerana Parlimen dibubarkan, jadi saya nak tegaskan bahawasanya semua program kerajaan termasuk peranti siswa berjalan seperti biasa.

“Jadi jangan ada dalam media sosial yang menyebarkan khabar angin yang tidak betul,” katanya pada sidang media selepas sesi pengagihan peranti siswa kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, di sini hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata sebanyak 221,000 daripada hampir 500,000 permohonan peranti siswa bagi fasa pertama dan kedua telah diluluskan.

“Bakinya dalam proses semakan. Proses penyampaian akan diteruskan secara berperingkat dan tidak ada kaitan dengan soal pembubaran Parlimen.

“Ini kerana kita terpaksa menunggu universiti dibuka kerana sebahagian besar pemohon berada di kampus. Saya sasarkan sebelum akhir November (ini) semua sekali dapat diagihkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad