web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8 Sungai Catat Bacaan Paras Amaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 11:36AM

8 sungai di 4 negeri iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor mencatatkan bacaan di tahap amaran susulan hujan lebat. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lapan sungai di empat negeri di Semenanjung mencatatkan bacaan di tahap amaran susulan hujan lebat sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Berdasarkan laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my , negeri terbabit adalah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Selangor, dua sungai yang mencatatkan bacaan pada tahap amaran adalah Sungai Selangor di Teluk Penyamun, Kuala Selangor yang kini merekodkan bacaan 2.93 meter berbanding 1.3 meter paras normal.

Juga mencatatkan peningkatan adalah Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang yang mencatatkan paras air pada 9.0 meter berbanding 7.0 meter paras normal.

Laman sesawang sama menunjukkan, dua sungai lain di Selangor pula berada pada paras waspada iaitu Sungai Klang di Bandar Klang (2.6 meter berbanding 2.20 meter) dan Sungai Beranang di Pekan Beranang (31.9 meter berbanding 31.20 meter).

Di Negeri Sembilan, dua sungai dikesan mencatatkan bacaan pada tahap amaran iaitu Sungai Linggi di Dusun Nyior, Seremban (44.33 meter berbanding 41 meter) dan Sungai Jimah di Kampung Jimah, Port Dickson (8.67 meter berbanding 8.0 meter).

Di Melaka pula, dua sungai yang mencatatkan bacaan pada tahap amaran ialah Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (3.38 meter berbanding 2.20 meter) dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (1.85 meter berbanding 1.3 meter).

Sementara itu di Johor, dua sungai menunjukkan peningkatan paras air di tahap amaran, terdiri daripada Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (3.65 meter berbanding 2.0 meter) dan Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak (3.17 meter berbanding 2.2 meter).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Amaran tersebut dikeluarkan susulan terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam dan keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga petang ini. – Getaran, 12 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad