web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tetap Bubar Parlimen, Guan Eng Cadang PM Bubar MET Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 8:29PM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara sinis dicadangkan supaya membubarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), susulan keengganan beliau mendengar nasihat jabatan tersebut agar tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada November.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ‘kedegilan’ Perdana Menteri itu mencerminkan kegagalan UMNO dalam memikirkan kebajikan rakyat.

“Memandangkan Ismail Sabri enggan mendengar nasihat pakar, beliau mungkin boleh memansuhkan jabatan itu,” katanya hari ini.

Menurut beliau, UMNO gagal memberi tumpuan khusus kepada pengurusan bencana banjir yang dijangka melanda Pantai Timur tidak lama lagi.

“Ismail Sabri dan Presiden UMNO, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kehilangan nyawa dan harta benda”, ujarnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MET Malaysia, Dr Mohd Hashim Mohd Anip sebelum ini mencadangkan supaya pilihan raya umum tidak diadakan tahun ini, berikutan ramalan banjir besar di beberapa kawasan.

Guan Eng berkata, kerajaan UMNO tidak boleh diberi mandat untuk mentadbir negara kerana telah menggunakan muslihat politik bagi membolehkan PRU-15 diadakan lebih awal.

“Ini semua demi menyelamatkan diri daripada kes rasuah walaupun Malaysia berada di tengah-tengah musim tengkujuh dan krisis ekonomi,”katanya.

Tambah beliau, UMNO mahu pilihan raya segera diadakan bagi mengelakkan kejatuhan dalam kedudukan TI-CPI 2022 yang akan dikeluarkan tahun depan.

“Pelabur asing juga tidak yakin dengan keputusan kerajaan UMNO yang bertegas bahawa PRU-15 perlu diadakan walaupun ketika banjir melanda, demi kestabilan politik di negara ini.

“Tidak ada perancangan untuk menangani beban kewangan dihadapi oleh rakyat dan perniagaan yang menghadapi peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga, penyusutan nilai ringgit, kenaikan kadar faedah dan kenaikan rendah gaji sebenar,” tegasnya. – Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam