web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Perkenan Pentadbiran Kerajaan Negeri Diteruskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 3:51PM

Amirudin memberitahu, langkah tersebut diambil supaya pentadbiran hari ini dapat memfokus kepada usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan agar pentadbiran kerajaan negeri ketika ini diteruskan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau memberitahu, langkah tersebut diambil supaya pentadbiran hari ini dapat memfokus kepada usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor.

“Pagi ini saya telah menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dalam sesi menghadap berjadual.

“Saya telah menyembah maklum komitmen dan persiapan kerajaan negeri dalam mendepani kemungkinan situasi banjir di Selangor, usaha pemulihan ekonomi, bantuan kebajikan, serta persiapan Belanjawan Selangor 2023 yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Negeri Selangor tahun ini.

“Tuanku berkenan agar pentadbiran ini diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya menerusi kenyataan.

Perkenan Sultan Selangor berkenaan sekali gus menutup segala spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor serentak dengan  Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri menerusi satu pengumuman khas turut mengesyorkan ketua-ketua kerajaan negeri kecuali kerajaan negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membubarkan DUN masing-masing pada tarikh sama dengan pilihan raya umum peringkat Parlimen.

Beliau berkata, ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban selain menjamin kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.

Walau bagaimanapun, beberapa negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing dalam masa terdekat.

PAS sebelum ini memutuskan tiga negeri yang dikuasainya iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, tidak akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi membolehkan segala usaha ditumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pertengahan November hingga Mac 2023.

Sementara itu, DUN Negeri Sembilan juga tidak akan dibubarkan dan kekal mengikut keputusan yang telah ditetapkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Dalam pada itu, Majlis pimpinan PH Pulau Pinang hari ini dilaporkan mencapai kata putus berhubung pembubaran DUN.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang masih 'mengunci mulut' berhubung kata putus dicapai berkata, setiap wakil parti akan merujuk keputusan itu kepada pimpinan pusat masing-masing.

Dengan ini, hanya tiga negeri iaitu Pahang, Perlis dan Perak bersedia untuk membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak dengan peringkat Parlimen. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Hentikan Segera Isu Penternakan Babi’, Pendirian Sultan Selangor Kekal

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad