web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Eksport Ayam Hidup Pedaging Dibenar Mulai Esok 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 1:49PM

Jemaah Menteri telah bersetuju supaya sekatan eksport ayam hidup pedaging (live commercial broilers) dilonggarkan secara berfasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan membenarkan semula aktiviti mengeksport ayam hidup pedaging berkuatkuasa esok.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya sekatan eksport ayam hidup pedaging (live commercial broilers) dilonggarkan secara berfasa.

Menurut beliau, ia akan dimulai pada kadar 50 peratus atau 1.8 juta ayam sebulan daripada jumlah keseluruhan sekatan eksport sebanyak 3.6 juta ayam sebulan.

“Keputusan ini diambil berikutan bekalan ayam di pasaran tempatan yang mulai stabil pada suku tahun ketiga, dengan kadar purata lebihan pengeluaran 1.8 juta sebulan.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) akan terus memantau dengan rapat keadaan bekalan ayam dalam negara,” katanya hari ini.

Dr Ronald Kiandee
Dr Ronald Kiandee

Ronald berkata, ia mencakupi pelaksanaan pengeksportan ayam hidup pedaging, meliputi hampir 100 ladang melalui mekanisme pemantauan yang telah dibangunkan.

“Setiap ladang tersebut telah diberikan had kuantiti eksport berdasarkan data perancangan dikemukakan serta berlandaskan unjuran pengeluaran ayam bulanan yang perlu dipatuhi. 

“Sekiranya didapati berlaku sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan yang telah diberikan, kebenaran eksport ladang terlibat akan digantung,” tegasnya.

Beliau menarik perhatian, semua ladang pengeksport itu tidak dibenarkan untuk menuntut subsidi pengeluaran ayam bagi pasaran eksport. 

“Pemberian subsidi adalah khusus bagi memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam tempatan pada harga berpatutan untuk rakyat Malaysia.

“Pada masa yang sama, larangan eksport untuk ayam bulat, keratan ayam dan anak ayam Day Old Chick (DOC) umur sehari ayam pedaging masih kekal berkuatkuasa,” katanya.

Jelas Ronald, kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan oleh MAQIS.

“Keputusan bagi membenarkan semula eksport komoditi ayam sepenuhnya akan dibuat tertakluk kepada kedudukan bekalan ayam di pasaran tempatan serta pengeluaran di peringkat ladang. 

“Larangan eksport komoditi ayam yang dibuat kerajaan bermula 1 Jun lalu adalah bersifat sementara untuk menjamin ketersediaan bekalan ayam dalam pasaran tempatan,” katanya. - Getaran, 10 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan