web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Akhir Kedaulatan Batu Puteh Sudah Dibentang Ke Kabinet

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 3:41PM

Pulau Batu Puteh - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan telah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri oleh ahli pasukan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, laporan itu telah disediakan oleh Pasukan Petugas Khas dalam tempoh sembilan bulan bermula 9 November 2021 sehingga 30 Ogos 2022.

“Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan Pasukan Petugas Khas seperti meneliti dan menyemak dokumentasi serta material berkaitan.

“Ini termasuk mengadakan siri perbincangan serta mesyuarat dan lawatan kerja dalam serta luar negara, khidmat konsultasi bersama pakar perundangan dan dua juruhidrografi luar negara serta sesi temu bual dengan individu yang dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, Pasukan Petugas Khas itu juga telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil merangkumi aspek perundangan, tort of misfeasance dan hubungan Malaysia-Singapura.

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Katanya, kerajaan telah meneliti dan memuktamadkan beberapa langkah seterusnya yang akan dilaksanakan demi mengembalikan maruah serta kedaulatan negara berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan terutama melibatkan isu persempadanan maritim Malaysia dan Singapura.

“Penambahbaikan yang dicadangkan Pasukan Petugas Khas melalui laporan ini adalah bersifat telus, berkecuali dan inklusif dengan mempertimbangkan hasil analisa, penelitian dan pemerhatian ahli Pasukan Petugas Khas

“Pelaksanaan Pasukan Petugas Khas ini secara keseluruhannya menjelaskan komitmen kerajaan untuk penyelesaian terbaik berkaitan perkara ini dan menyokong dasar luar negara iaitu antara lainnya, menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan serta keselamatan Malaysia,” katanya.

Pada 29 Oktober tahun lepas, Kabinet bersetuju membentuk Pasukan Petugas Khas itu yang dipengerusikan mantan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan terdiri daripada peguam tempatan yang mengendalikan kes berkenaan pada tahun 2016 hingga 2017, pengamal undang-undang, pakar pengukuran maritim serta wakil kementerian atau jabatan yang berkepentingan.

Pasukan itu ditubuhkan bagi menyemak semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan serta mengesyorkan opsyen terbaik mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan. - Getaran, 9 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar