web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JAIS Siasat Kumpulan Agama Didakwa Keturunan Rasulullah SAW

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 2:52PM

Mohd Shahzihan Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kumpulan agamawan yang didakwa berasal daripada keturunan Rasulullah SAW.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ia susulan pembatalan majlis agama kumpulan berkenaan di negeri-negeri lain seperti di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Melaka yang didakwa meragukan.

Menurut beliau, terdapat keperluan ia disiasat secara teliti berikutan pihaknya tidak boleh menuduh golongan tersebut sewenang-wenangnya kerana melibatkan hal berkaitan agama Islam.

“Saya tidak mengatakan kita menghukum mereka salah. Tapi bila negeri-negeri lain membuat tindakan sama (hentikan majlis agama), mesti ada yang tidak kena.

“Jadi bila kita maklum dan mereka pun dapat arahan tersebut daripada pegawai JAIS, kita batalkan dan akan meneliti latar belakang kumpulan agama itu.

“Kalau betul (bukan keturunan Rasulullah SAW), mungkin kita akan beri butiran mereka kepada Imigresen dan tidak benarkan mereka masuk (ke dalam Malaysia),” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata, pihak penganjur majlis agama berkenaan dan pemilik Dewan Raja Muda Musa (DRMM) di Shah Alam turut diarahkan membatalkan acara tersebut yang sepatutnya diadakan hari ini.

Jelasnya, notis tersebut dikeluarkan pada Khamis lalu kerana permohonan untuk menganjurkan program berkenaan tidak mendapat kebenaran daripada JAIS.

“Arahan dikeluarkan pada Khamis lalu, sebab kita baharu tahu penganjur tidak mohon kebenaran anjur program kepada JAIS.

“Kalau mereka mohon kepada JAIS, biasanya kita akan siasat dulu bagaimana, latar belakang kumpulan terlebih dahulu kerana hal agama Islam di Selangor di bawah kendalian JAIS,” katanya.

Baru-baru ini, tular kumpulan agama yang datang ke Malaysia dengan membawa seorang individu dari Maghribi dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Kumpulan itu kemudiannya menganjurkan majlis agama di beberapa buah negeri namun terdapat beberapa negeri bertindak membatalkan program tersebut. - Getaran, 9 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JAIS Tidak Pernah Keluar Arahan Halang Sekolah Baca Qunut Nazilah

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwaan Ceramah Politik di Masjid, Fahmi Sedia Beri Kerjasama 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar