web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Pekebun Kecil Getah FELDA Terima BMT RM800 - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 4:03PM

Ismail Sabri mencuba masakan daging lempap ketika hadir ke Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Felda Palong hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEMPOL - Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah yang dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023 turut diperuntukkan kepada pekebun kecil getah Felda di seluruh negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata justeru bagi membolehkan mereka menerima bantuan itu, dasar pemberian yang mensyaratkan hanya pekebun kecil getah yang mempunyai tanah seluas bawah lima ekar (2.02 hektar) sebelum ini akan diubah kepada 10 ekar (4.05 hektar) ke bawah. 

“Dulu kita payah nak bagi sebab (syaratnya) lima ekar ke bawah sedangkan di FELDA kebanyakan mereka ada tanah 10 ekar ke bawah, jadi kita minta ubah dasar itu untuk membolehkan mereka dapat (BMT). Kita tahu harga getah turun dan mereka langsung tak boleh menoreh getah sebab musim hujan.

“Menoreh musim hujan tapi susu getah bercampur air hujan, saya tahu kesusahan pekebun kecil termasuk mereka di FELDA. Jadi apa yang pekebun kecil RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) dapat iaitu sebanyak RM200 sebulan untuk empat bulan maka pekebun kecil getah di FELDA juga akan dapat, inilah kerajaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kenduri Sekampung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sembilan, di sini hari ini. Turut hadir Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam adalah selari dengan gagasan Keluarga Malaysia yang jelas menunjukkan tiada golongan yang dipinggirkan.

“Kita nak semua dapat faedah supaya kita makmur secara bersama dan semua mendapat pembelaan daripada kumpulan miskin tegar, golongan keluarga kurang berkemampuan B40 dan M40 yang sebelum ini bising selalu ditinggalkan, tetapi bajet (diumumkan) semalam menyediakan pelbagai insentif kepada M40.

“Selain itu, ia turut termasuk bantuan kepada golongan petani; nelayan; pekebun kecil getah; peniaga kecil dan sederhana; perusahaan mikro, kecil dan sederhana; golongan wanita banyak bantuan akan diterima; golongan belia serta warga emas,” katanya menambah belanjawan itu turut tidak meminggirkan semua sektor di negara ini.

Kerajaan semalam membentangkan Bajet 2023, memperuntukkan sejumlah RM372.3 bilion yang sebahagiannya diilhamkan oleh Keluarga Malaysia dan berhasrat untuk menjadi 'responsif, bertanggungjawab dan reformis'.

Bajet 2023 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' adalah yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 September tahun lepas.

Terdahulu, Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira dua jam di program kenduri berkenaan dan turut beramah mesra bersama tetamu serta menikmati masakan tradisional Negeri Sembilan seperti daging masak lompap dan masak lemak cili api.

Dianggarkan kira-kira 20,000 pengunjung hadir pada Program Kenduri Sekampung itu yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Palong 7 sempena Jelajah AKM yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam dengan Kementerian Kesihatan sebagai peneraju. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad