web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023 Langkah Tepat Sejahterakan Kehidupan Komuniti Luar Bandar – Mahdzir Khalid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 10:41PM

Mahdzir Khalid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pembentangan Bajet 2023 disifatkan sebagai langkah tepat untuk usaha mensejahterakan kehidupan komuniti luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peningkatan jumlah peruntukan sebanyak empat peratus atau hampir RM424.9 juta untuk kementeriannya berbanding tahun lalu membuktikan komitmen kerajaan dalam melaksanakan agenda kesejahteraan rakyat luar bandar.

Menurut beliau, peruntukan RM10.93 bilion kepada kementerian dinaunginya amat inklusif dan menyeluruh dalam memastikan tiada golongan yang tertinggal termasuk B40 dan warga luar bandar.

“Bajet 2023 untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meliputi RM3.62 bilion bagi peruntukan mengurus dan RM7.31 bilion bagi peruntukan pembangunan.

“Menerusi peruntukan itu, lebih banyak projek pembangunan akan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi turut mencakupi aspek ekonomi dan modal insan,” katanya di sini.

Jelas Mahdzir, peruntukan sebesar itu diyakini berupaya menyokong pembangunan sosio-ekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera seperti digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

“Bajet 2023 turut menyaksikan KPLB menerima peruntukan sejumlah RM2.49 bilion bagi pembangunan infrastruktur asas di luar bandar seperti Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Jalan Luar Bandar, Jalan Perhubungan Desa, Jambatan Luar Bandar dan Program Ameniti Sosial.

“Jumlah itu adalah RM64.2 juta atau 2.6 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan tahun 2022,” katanya.

Beliau memberitahu, sejumlah RM102.86 juta pula diperuntukkan bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan lampu jalan kampung.

“Untuk merancakkan ekonomi di luar bandar pula, KPLB menerima peruntukan sebanyak RM114.4 juta bagi menggerakkan aktiviti keusahawanan luar bandar.

“Jumlah ini adalah peningkatan sebanyak RM84 juta atau 26.6 peratus berbanding peruntukan sebelumnya,” katanya.

Mahdzir berkata, RM460 juta pula dikhususkan bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar di bawah Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PPRKM), yang sebelum ini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Jumlah itu jelas beliau, mencatatkan peningkatan sebanyak RM99 juta atau 21.5 peratus berbanding sebelum.

“Sejumlah RM25 juta juga diperuntukan untuk program lain di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat seperti Program Peningkatan Pendapatan, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya serta Program Komuniti Sejahtera.

"KPLB juga amat mengalu-alukan peruntukan bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan keusahawanan yang turut memberi manfaat kepada golongan belia dan wanita di luar bandar,” katanya.

Turut menerima manfaat Bajet 2023 ialah pembangunan Orang Asli, melibatkan peruntukan berjumlah RM305 juta, iaitu peningkatan sebanyak 13.5% atau RM41.2 juta berbanding sebelum, yang meliputi program pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan untuk memperkasa komuniti Orang Asli di Malaysia.

Ia mencakupi Projek Tanam Semula ladang getah dan kelapa sawit yang akan memberi manfaat kepada 2,100 Orang Asli di Terengganu, Kelantan dan Pahang serta Program Pembangunan Usahawan Orang Asli yang bakal membantu 550 usahawan Orang Asli. – Getaran, 7 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad