web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penubuhan NSRC Bakal Beri Impak Positif Perangi Scam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 9:48PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan penubuhan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) akan memberikan impak positif dalam usaha memerangi jenayah penipuan.

NSRC menggabungkan kerjasama PDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) sebagai inisiatif membendung penipuan secara dalam talian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penubuhan NSRC seperti yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Kita turut menghargai usaha kerajaan dalam menyalurkan pelbagai peruntukan yang akan dinikmati secara langsung oleh warga PDRM, termasuk peruntukan RM18.3 bilion kepada Kementerian Dalam Negara (KDN) bagi terus memperkukuh ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Kita turut menyambut baik pemberian dana RM431 juta untuk pembelian dan penyelenggaraan aset PDRM serta RM42 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf kuarters kediaman PDRM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2023 hari ini, Tengku Zafrul turut mengumumkan penambahan 25 pos kawalan sempadan bagi memenuhi keperluan Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Imigresen, Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Serikin, Sarawak serta Lahad Datu, Sabah.

Acryl Sani berkata, pihaknya juga menyambut baik pemberian 50 peratus diskaun ke atas pengangkutan awam kendalian PRASARANA kepada 21,000 pemegang kad pesara polis dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang.

“PDRM akan memastikan peruntukan yang diumumkan oleh kerajaan melalui Bajet 2023 dimanfaat sepenuhnya bagi memperkasa kualiti perkhidmatan kepada keluarga besar Malaysia, dalam memelihara ketenteraman dan keamanan negara,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

4

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad