web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bajet 2023: RM15 Bilion Diperuntuk Tangani Perubahan Iklim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 7:17PM

Projek Empangan Sabo bernilai RM562 juta dirancang di 46 lokasi di seluruh negara bagi mengurangkan risiko banjir puing dan banjir lumpur. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM15 bilion diperuntuk menerusi Bajet 2023 bagi melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030, sebagai strategi jangka panjang supaya negara dapat beradaptasi dengan perubahan iklim.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  berkata, sebahagian besar projek akan bermula tahun depan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM700 juta.

Menurutnya, empat projek utama yang dirancang pelaksanaannya adalah Projek Empangan Sabo bernilai RM562 juta di 46 lokasi seluruh negara, bagi mengurangkan risiko banjir puing dan banjir lumpur seperti yang terjadi di Baling, Kedah.

“Selain itu, pembinaan kolam takungan dwifungsi bernilai hampir RM2 bilion melibatkan jajaran di sepanjang Sungai Klang dan Sungai Rasau, Selangor sebagai strategi serampang dua mata mengatasi masalah banjir dan sebagai sumber penyimpanan bekalan air mentah.

“Turut menjadi keutamaan adalah projek fasa tambahan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai Golok, Kelantan bernilai hampir RM500 juta dan penaiktarafan sistem ramalan cuaca bagi memperkasa ramalan serta amaran banjir di peringkat nasional,” katanya pada Pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga akan menerima peruntukan sebanyak RM174 juta namun sebagai langkah proaktif, Kementerian Kewangan akan terus menyalurkan dana tambahan RM400 juta kepada agensi tersebut supaya bersiap siaga dengan bantuan segera jika berlaku banjir hujung tahun ini.

“Bagi tahun 2023, kerajaan telah menyediakan peruntukan awal berjumlah RM100 juta di bawah Tabung Bantuan Bencana Negara dan Kementerian Kewangan turut bersedia menambah peruntukannya mengikut keperluan.

“Sebagai langkah persediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghadapi sebarang bencana, dua hospital medan tambahan melibatkan kos RM47 juta akan siap pada hujung tahun ini di Kluang, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.

Selain itu jelas beliau, 50 unit ambulans juga akan ditempatkan di kem tentera dan sedia untuk membantu jika berlaku bencana.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga menyediakan RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti bagi manfaat 2,000 persatuan penduduk melaksanakan aktiviti kesukarelawanan.

“Antaranya termasuklah menyertai kursus kebombaan bagi mempersiap diri sekiranya berdepan sebarang bencana seperti banjir dan kebakaran di peringkat komuniti,” katanya. – Getaran, 7 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad