web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


21 Rakyat Malaysia Mangsa Penipuan Kerja Selamat Dibawa Pulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 7:00AM

Saifuddin Abdullah, berkata kesemua mereka selamat tiba dengan tiga penerbangan berasingan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Seramai 21 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dan terperangkap di Kemboja dan Laos berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa dan dibawa pulang ke tanah air, semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata kesemua mereka selamat tiba dengan tiga penerbangan berasingan.

Menurut beliau, lapan mangsa tiba dari Kemboja petang semalam, tujuh dari Laos dan enam lagi mangsa dari Kemboja dijadualkan tiba malam tadi.

"Jumlah yang sudah diselamatkan ialah 273 orang di Kemboja, Laos, Thailand dan Myanmar sejak April hingga sekarang, daripada 401 kes yang dilaporkan kepada kita. 

"Daripada 273 itu, sebahagian daripadanya masih ditahan di depot tahanan negara berkenaan setelah diselamatkan daripada sindiket penipuan di sana," katanya dalam sidang media bersama lapan mangsa yang tiba dari Kemboja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), semalam. 

Saifuddin berkata pihak berkuasa Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa di negara berkenaan sedang giat mengesan seramai 128 lagi mangsa penipuan sindiket itu.  

"Kita telah melipatgandakan usaha dengan kerjasama daripada pihak berkuasa negara berkaitan untuk mengesan yang bakinya, (manakala) mereka yang telah dapat dikesan dan setelah (selesai) melalui proses perundangan di negara itu akan kita bawa balik dengan secepat mungkin.

"Sebagai negara yang menghormati undang-undang, kita harus menerima dan membenarkan negara terlibat melakukan proses yang diperlukan oleh mereka," katanya. 

Dalam pada itu, Saifuddin menasihatkan mangsa sindiket penipuan yang didera dan sebagainya untuk membuat laporan polis di negara berkenaan bagi memudahkan pihak berkuasa di negara itu melakukan siasatan lanjut. 

"Saya juga nasihatkan supaya kita lebih berhati-hati sekiranya buat apa-apa kenyataan berkaitan isu begini, sebaiknya jika ada maklumat sampaikan kepada polis kerana itu lebih berhasil.

“Ini kerana kita bimbang kalau kenyataan itu dibuat ia boleh ganggu siasatan pihak berkuasa dan kalau tersilap bahasa yang digunakan boleh ganggu hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara berkaitan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Terperangkap Ketika Nak Keluar Pusat Beli-Belah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad