web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


23 Pindaan RUU Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok 2022 Akan Dikemukakan - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 6:45PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suatu kertas Pindaan Dalam Jawatankuasa yang mengandungi 23 pindaan ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dikemukakan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata cadangan pindaan yang akan dikemukakan sewaktu menyambung semula perbahasaan RUU itu melibatkan Tajuk Panjang, fasal 1, 2, 5, 13, 17, 21, 24, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 33, 34, 35, 38, 49, 53, penambahan fasal baharu 54 dan pernomboran semula fasal 54 dan 55.

Beliau berkata Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Menimbang Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 pada 5 Oktober lepas telah membentangkan laporan penyata yang mengandungi butiran prosiding serta rumusan dan syor JKPK bagi menambah baik rang undang-undang tersebut.

“Secara keseluruhannya, JKPK ini telah bermesyuarat sebanyak lima kali dengan semangat bipartisan yang matang dan harmoni bagi memperhalusi peruntukan-peruntukan di dalam rang undang-undang.

“Ahli-ahli JKPK juga secara konsensus telah bersetuju dengan laporan penyata serta cadangan pindaan-pindaan yang perlu dibuat ke atas rang undang-undang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi JKPK berkata perkara yang telah dibangkitkan dan diperhalusi sepanjang mesyuarat berlangsung antaranya berhubung isu keperlembagaan; keperluan suatu akta baharu bagi mengawal selia produk merokok dan aktiviti melibatkan produk merokok.

Beliau berkata perbincangan ke atas had penguatkuasaan serta penalti bagi kesalahan dalam rang undang-undang itu seperti mana yang termaktub dalam terma rujukan JKPK juga diperhalusi oleh JKPK.

Bacaan pertama dan kedua rang undang-undang tersebut telah dibuat pada 27 Julai dan 1 Ogos lepas sementara satu usul bagi merujuk ia kepada JKPK Menimbang Rang Undang-undang telah dibuat pada 2 Ogos dan dipersetujui Dewan Rakyat.

JKPK menimbang Rang Undang-Undang itu dianggotai oleh 13 Ahli Dewan Rakyat yang dinamakan oleh parti masing-masing.

Menerusi konsensus yang dicapai oleh Ahli Dewan Rakyat daripada blok kerajaan dan pembangkang yang menganggotai JKPK itu, Khairy berharap Ahli Dewan Rakyat yang lain dapat turut bersama memberikan sokongan ke atas rang undang-undang itu apabila perbahasannya disambung semula untuk diputuskan demi kepentingan kesihatan awam di negara ini.

Rang undang-undang berkenaan antara lain mengetengahkan larangan merokok apa-apa produk tembakau atau pengganti tembakau serta larangan penggunaan peranti merokok, oleh mana-mana individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya serta bagi perkara berkaitan.

Ia bertujuan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok, selain mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad