Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Temu Duga Pengambilan Pekerja Asing Dikekal Di Setiap Negeri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 8:17PM

M. Saravanan berkata, langkah itu mengambil kira aduan pihak majikan yang meluahkan kesukaran untuk ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bagi menghadiri sesi temu duga tersebut - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sesi temu duga pengambilan pekerja asing di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di setiap negeri akan dikekalkan dan tidak tertumpu hanya di Kementerian Sumber Manusia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, langkah itu mengambil kira aduan pihak majikan yang meluahkan kesukaran untuk ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bagi menghadiri sesi temu duga tersebut.

“Saya lihat ada beberapa permintaan, saya rasa ia patutlah seperti mereka hendak kekalkan ‘decentralise interview’ di mana walaupun peringkat awal temu duga dijalankan di peringkat Pusat, tetapi kita sudah memperluaskan temu duga diadakan di peringkat negeri, mereka minta kekalkan.

“Tak ada masalah, kita akan kekalkan,” katanya kepada media selepas mengadakan Sesi Taklimat Khas Bersama Kementerian Sumber Manusia di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham serta mantan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Pada pertemuan tersebut, Guan Eng antara lain mencadangkan desentralisasi bagi mempermudah urusan pihak yang menetap jauh dari ibu negara, khususnya di negeri luar.

Dalam isu berlainan, Saravanan berkata, terdapat pemilik premis yang meminta jumlah pekerja asing melebihi daripada apa diinginkan, sebagai contoh, ada memerlukan seramai 300 pekerja, namun menghantar permohonan untuk mendapatkan sehingga 1,000 pekerja.

“Tak logik restoran kecil nak minta jumlah sebesar itu, namun bila disiasat, rupa-rupanya ejen yang meletakkan jumlah terbabit dan bukannya pemilik premis. Lebihan pekerja asing itu akan dihantar untuk bekerja dalam sektor lain.

“Disebabkan itu, kita mahu mereka sendiri hadir untuk ditemuduga dan membuat aku janji mengenai pengambilan pekerja asing itu,” katanya.

Mengulas berhubung sesi taklimat tersebut, Saravanan memberitahu, pihaknya memberikan dokumen sah mengenai kemasukan pekerja asing di negara ini yang secara keseluruhannya sudah mencecah 2.2 juta.

“Sehingga kini negara sudah mempunyai sebanyak 1.24 juta pekerja asing, ditambah pula dengan kelulusan sebanyak 238,000 oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diberikan kepada negara sumber.

“Selain itu, sejumlah 640,000 dalam proses biometrik dan sedang menjalani saringan kesihatan di negara sumber. Bermakna, pekerja asing di negara ini sudah mencecah 2.2 juta,” katanya.

Bagaimanapun, Saravanan berkata, pihaknya perlu mengawal secara betul (kemasukan pekerja asing) kerana dua perkara boleh berlaku, iaitu pertama, lambakan pekerja asing seperti pada tahun 2009 di mana laluan di tepi jalan di bandar raya besar, seperti Kuala Lumpur dipenuhi pekerja asing dari Bangladesh yang tidur di situ.

“Kedua, kita kini dalam fasa pemulihan ekonomi serta mahu mengurangkan pengangguran, jadi kita tidak mahu terpedaya dengan permintaan industri untuk luluskan pekerja asing kerana mendapat tekanan daripada majikan, akhirnya warga tempatan tidak mempunyai kerja,” katanya. - Getaran, 5 Oktober 2022

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 21 jam yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM

Semasa 12 jam yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan