Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Dana 1MDB: Shafee Mohon Maaf Beri Kenyataan Media Berkaitan Kes

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Oct 2022 4:54PM

Muhammad Shafee Abdullah menegaskan kenyataan media itu adalah tepat dan tidak keterlaluan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini memohon maaf kepada Mahkamah Tinggi di sini berhubung kenyataan media yang dibuatnya baru-baru ini berkaitan kes rasuah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, peguam veteran itu menegaskan kenyataan media itu adalah tepat dan tidak keterlaluan.

“Yang Arif, saya memohon maaf kepada mahkamah sekiranya terdapat salah tafsir terhadap kenyataan media tersebut. Kenyataan itu tepat dan tidak keterlaluan.

"Kenyataan media itu hanya mengatakan, pihak pendakwaan tidak memberikan kami dokumen dalam kes ini, tetapi kami telah mendapat dokumen itu. Itulah cara kami menyatakan pihak pendakwaan gagal untuk mendedahkan," katanya.

Muhammad Shafee menjelaskan bahawa beliau menjawab pertanyaan pemberita mengenai wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.

“Wartawan bertanya, adakah benar kedua-dua transaksi ini datang dari Arab Saudi,” katanya.

Pada peringkat ini, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata beliau menyatakan Muhammad Shafee boleh membangkitkan perkara itu di mahkamah.

"Beliau (Muhammad Shafee) boleh membangkitkan perkara ini di hadapan Yang Arif. Adakah beliau (Muhammad Shafee) mengharapkan kami berjumpa media dan mengatakan Tan Sri Shafee salah?

"Saya boleh menerima jika beliau membuat aduan di hadapan Yang Arif.  Mana-mana pengadu tentang cara kami (pendakwaan) menjalankan kes boleh membawanya ke hadapan Yang Arif. Tolong jangan berbincang dengan media, berhubunglah dengan kami," kata Sri Ram yang merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan.

Selepas mendengar hujah oleh kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata perkara berhubung kenyataan media itu telah selesai.

Semalam, Sri Ram mengingatkan Muhammad Shafee supaya tidak menjalankan perbicaraan kes itu di media.

Sri Ram berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan media oleh Muhammad Shafee pada Isnin yang menyatakan bahawa aliran masuk dana ke dalam akaun Najib pada Februari dan Jun 2011 berjumlah kira-kira RM60.6 juta (kira-kira US$20 juta) daripada kerabat diraja Arab Saudi, Putera Faisal Turki Al Saud.

Pihak pembelaan mendakwa dana itu adalah sebahagian daripada hadiah kepada Najib daripada bekas Gabenor Wilayah Madinah, Saud Abdulaziz Majid Al Saud.

Muhammad Shafee berkata pihak pendakwaan hanya menyatakan mengenai dua transaksi pindahan tetapi tidak menyatakan lima lagi pindahan ke dalam akaun Najib antara Ogos 2011 dan Ogos 2012, yang didakwa daripada Putera Turki dan Kementerian Kewangan Riyad berjumlah kira-kira US$180 juta.

Peguam itu juga telah menyatakan surat daripada bekas gabenor yang dialamatkan kepada Najib, yang menyatakan jumlah derma yang dibuat kepada bekas perdana menteri itu.

Perbicaraan diteruskan dengan mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-39, bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank Cheah Tek Kuang, 75, yang disoal balas Muhammad Shafee.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung petang ini. - Bernama

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 18 jam yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 1 hari yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi