web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Selamatkan Warga Palestin Diculik, 18 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 4:50PM

Azmi Abu Kassim berkata mangsa yang berusia 31 tahun diselamatkan selepas pihaknya menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 September hingga semalam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menyelamatkan seorang lelaki warga Palestin, sehari selepas diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire di Jalan Yap Kwan Seng, di sini pada 29 September lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata mangsa yang berusia 31 tahun diselamatkan selepas pihaknya menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 September hingga semalam.

"Kesemua 18 individu yang ditahan berusia antara 21 hingga 42 tahun disyaki berperanan menculik dan menyembunyikan mangsa. 

"Siasatan mendapati mangsa masuk ke negara ini pada 21 September lepas sebagai pelancong dan dipercayai tinggal di Eropah,” katanya kepada pemberita pada majlis pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Azmi berkata siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif penculikan dan tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan. 

Beliau berkata pemeriksaan mendapati tujuh individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah melibatkan kes penipuan dan empat daripadanya positif dadah jenis syabu. 

Menurutnya kesemua individu yang ditahan kini direman sehingga 18 Oktober dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.

Terdahulu, Azmi pada sidang media tersebut berkata dadah jenis syabu antara dadah yang merekodkan rampasan serta tangkapan tertinggi di Kuala Lumpur menerusi statistik dicatatkan dari 2005 hingga 2021 dianggarkan bernilai RM10.85 juta.

Selain itu, beliau berkata pelupusan dadah turut melibatkan antaranya dadah jenis methapatamine, kanabis, air ketum dan ketamin membabitkan 2,894 kertas siasatan. 

"Anggaran berat keseluruhan dadah yang dilupuskan adalah 224,638 gram dan 139,295 mililiter serta dianggarkan bernilai RM16.89 juta,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad