web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dera Kanak-Kanak: Jurujual Kenderaan, Pembantu Rumah Direman Seminggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 1:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dan pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan sehingga maut di Jalan Ria 2 Taman Skudai di sini dua hari lepas, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman hingga 10 Okt depan terhadap jurujual kenderaan berusia 28 tahun dan wanita berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki yang disyaki mendera kanak-kanak itu merupakan rakan kepada bapa mangsa dan kejadian berlaku di rumah lelaki itu.

Menurutnya, bapa mangsa meminta bantuan suspek lelaki itu untuk menjaga dua anaknya termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas.

Menurut Kamarul Zaman, adik mangsa yang berusia setahun dan belum dipastikan jantinanya bagaimanapun, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam