web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Tolak Parlimen Dibubar Dalam Tempoh Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 9:47AM

Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS menyifatkan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak perlu disegerakan.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

“PAS berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan.

“Di samping langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 akan dibentangkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Abdul Hadi berkata, PAS tetap meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak, termasuk parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik serta tokoh masyarakat ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah.

“(Ini) bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Pada Jumaat lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat beberapa ketetapan, termasuk pembubaran Parlimen dalam masa terdekat supaya PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan mesyuarat itu adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik COVID-19, selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana persengketan dalaman politik sesama mereka.

Bagaimanapun, keputusan itu dibidas pelbagai pihak dengan menganggap UMNO sebagai parti ‘mementingkan diri sendiri’ sehingga sanggup mengetepikan keselamatan rakyat, memandangkan hujung tahun biasanya menyaksikan berlaku banjir besar. - Getaran, 4 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad