web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Hiburan Cetus Kelakuan Di Luar Tatasusila Tidak Dibenarkan Di Kedah - Sanusi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 2:16PM

Muhammad Sanusi Md Nor berkata kejadian muda-mudi yang terkinja-kinja tanpa arah dalam penganjuran ‘Muda Mudi Weekend Fest’ di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras kepada kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebarang konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau dalam satu hantaran dalam Facebooknya hari ini berkata kejadian muda-mudi yang terkinja-kinja tanpa arah dalam penganjuran ‘Muda Mudi Weekend Fest’ di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras kepada perkara itu.

“Kejadian kelmarin menjadi penanda aras bahawa sebarang aktiviti yang boleh merangsang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak.

“Pengajuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti fun run, fun ride, treasure hunt, pertandingan memancing dan lain-lain pertandingan yang selari dengan undang-undang, garis panduan program terbuka dan sesuai dengan tatasusila masyarakat tempatan adalah digalakkan,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata semua Pegawai Daerah yang mempengerusikan jawatankuasa berkaitan perlesenan hiburan telah dimaklumkan tentang hal itu dan arahan berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Semalam, tular di media sosial rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan anak muda sambil melakukan pelbagai aksi antaranya menari di Balai Seni Alor Setar dan ia mengundang rasa rasa kurang senang memandangkan ia diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah Mohd Firdaus Ahmad dalam laporan media semalam dipetik sebagai berkata pihak kerajaan negeri tidak mendapat maklumat terperinci mengenai pengisian festival itu termasuk konsert yang diadakan dan pihaknya akan memanggil penganjur utama festival itu bagi mendapatkan penjelasan. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad