Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Impak Penyusutan Ringgit Kepada Bayaran Hutang Langsung Kerajaan Kecil

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 12:30PM

Mustapa Mohamed berkata kebanyakan hutang kerajaan adalah dalam nilai mata wang ringgit, khususnya Bil Perbendaharaan dan Sekuriti kerajaan yang membabitkan kesan amat kecil - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesan kemerosotan nilai mata wang ringgit ke atas bayaran hutang langsung kerajaan Persekutuan adalah kecil berikutan kebanyakannya dalam ringgit Malaysia dan kurang lima peratus dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketika menegaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kebanyakan hutang kerajaan adalah dalam nilai mata wang ringgit, khususnya Bil Perbendaharaan dan Sekuriti kerajaan yang membabitkan kesan amat kecil.

“Mungkin sesetengah institusi swasta ada hutang luar negara tetapi mengikut pandangan Bank Negara Malaysia (BNM), kedudukan kecairan bank-bank tempatan adalah baik dan rizab perlindungan kita kira-kira US$106 bilion yang melebihi hutang jangka pendek,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi) mengenai kesan terhadap Bajet 2022, terutama bayaran oleh kerajaan dalam dolar AS dan adakah ini menyebabkan defisit negara meningkat.

Mustapa menjelaskan, turun naik nilai mata wang adalah perkara biasa dan prestasi ringgit tidak seteruk beberapa mata wang negara lain susulan tindakan bank pusat AS memperketat dasar monetari sebanyak 0.75 mata peratusan, baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga sentiasa prihatin dalam usaha menjaga kebajikan Keluarga Malaysia, termasuk pemberian subsidi, bantuan dan insentif yang melibatkan peruntukan kira- kira RM80 bilion.

“Ini seperti  meneruskan pemberian subsidi bahan api dan tenaga kepada produk petroleum iaitu RON95, diesel dan gas cecair asli.

“Harga runcit petrol RON95 di Malaysia pada kadar RM2.05 seliter adalah antara terendah di dunia iaitu lebih rendah berbanding Qatar sebanyak RM2.7 seliter, Arab Saudi (RM2.8 seliter) dan Indonesia (RM4.7 seliter),” katanya. 

Menurutnya, sejumlah RM5.9 bilion turut disalurkan kepada 8.7 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sehingga September 2022.

“Tanpa subsidi yang disediakan oleh kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan bahawa kadar inflasi negara adalah jauh lebih tinggi iaitu 10.6 peratus berbanding 4.7 pada Ogos 2022,” katanya.

Mustapa berkata dasar-dasar dan inisiatif kerajaan juga berjaya memulihkan ekonomi dan meringankan beban Keluarga Malaysia walaupun ekonomi negara sedang menghadapi pelbagai cabaran domestik dan global.

Jelas beliau, kalangan pakar ekonomi, termasuk daripada pertubuhan antarabangsa telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih rendah pada 2023 dan Malaysia sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada tempias cabaran tersebut.

“Langkah-langkah bagi menangani cabaran ini akan diperincikan dalam Bajet 2023,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kesemua Mangsa Diberikan Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat TLDM

Semasa 58 minit yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP