web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PASKAL Sentiasa Dilengkapi Peralatan Terkini Bagi Jalankan Tugas Lebih Berkesan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 5:10PM

Anggota elit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada pasukan Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Udara (PASKAU), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) melakukan demonstrasi sempena Hari ATM di Pengkalan Udara Kuantan, hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa dilengkapkan dengan peralatan terkini bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Panglima PASKAL Laksamana Datuk Mohd Redzuan Talib berkata pihaknya akan memastikan peranan PASKAL sebagai tonggak utama mempertahankan ruang maritim negara selain sebagai perisai yang melindungi rakyat dan kemakmuran negara.

Menurutnya PASKAL sentiasa mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara luar seperti Navy Seal Amerika Syarikat dan SAS Australia.

"Tugas PASKAL menuntut pembangunan keupayaan peralatan seiring arus kemodenan teknologi semasa dan kita ada hala tuju tersendiri yang menerapkan kemahiran mapan sejajar evolusi semasa. 

"Kita yakin peningkatan keupayaan anggota PASKAL berasaskan teknologi akan dapat melahirkan warga Paskal yang terlatih, kompeten dan bersedia menghadapi sebarang ancaman," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Ulang Tahun PASKAL ke-40 dekat sini hari ini. 

Terdahulu ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abg Aziz di majlis sambutan itu di KD Panglima Garang pada 9 pagi disambut Panglima Tentera Laut Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Veteran Paskal, Laksamana Madya (B) Datuk Nasaruddin Othman berkata warga PASKAL berbeza daripada pasukan khas lain dimiliki negara.

"Kalau ikutkan memanglah amat berbeza zaman kami dahulu dari segi teknologi serta kelengkapan, namun jika ditanya kepada mereka yang pernah bergelar anggota PASKAL, sudah pasti ia menjadi kebanggaan dan satu kepuasan buat mereka.

"Pengalaman setiap anggota pasti berbeza namun kita sedar tugas yang diamanahkan menuntut pengorbanan dan tanggungjawab yang besar dalam memikul misi negara," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam