web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


9 Ditahan Dipercayai Seleweng Diesel Bersubsidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 2:43PM

Menerusi serbuan tersebut, polis merampas diesel bernilai RM48,494, empat lori, satu van, enam tangki minyak besi dan tiga tangki plastik intermediate bulk container (IBC) melibatkan nilai keseluruhan rampasan RM281,494 - Gambar Polis Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sembilan lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi melibatkan rampasan sebanyak 17,444 liter dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini, mulai petang semalam hingga awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua individu yang terdiri daripada lapan lelaki tempatan dan seorang warga asing berusia 20 hingga 41 tahun itu ditahan menerusi Op Kontraban antara 5 petang dan 2.15 pagi.

Beliau berkata tangkapan pertama di sebuah stesen minyak di Skudai, kedua di sebuah stor di Ulu Tiram manakala ketiga di kawasan perindustrian di Pasir Gudang.

"Menerusi serbuan tersebut, polis merampas diesel bernilai RM48,494, empat lori, satu van, enam tangki minyak besi dan tiga tangki plastik intermediate bulk container (IBC) melibatkan nilai keseluruhan rampasan RM281,494," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, seorang daripada mereka iaitu individu berusia 25 tahun mempunyai rekod lampau di bawah kesalahan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata kesemua lelaki itu diserah kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad