web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah Diminta Rujuk Polis Sebelum Keluar Notis Mengenai Kes Culik - Radzi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 2:11PM

Dr Radzi Jidin berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengingatkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk memberitahu pihak sekolah agar merujuk pihak polis sebelum mengeluarkan notis berkenaan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pihak sekolah perlu merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang notis pemakluman atau peringatan mengenai insiden yang dikaitkan dengan kes cubaan menculik murid kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pelaksanaan Projek Pembinaan Kompleks Sekolah Presint 15 di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengingatkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk memberitahu pihak sekolah agar merujuk pihak polis sebelum mengeluarkan notis berkenaan.

“Kita tak nak notis yang dikeluarkan oleh sekolah nanti menimbulkan kerisauan penduduk. Niat sekolah keluarkan notis memang baik namun kadang-kadang peringatan itu boleh diambil dalam konteks berbeza yang menimbulkan kerisauan tidak berasas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kewajaran pihak pengurusan sekolah mengeluarkan notis peringatan mengenai kes culik di kawasan persekolahan.

Perkara sedemikian didakwa mencetuskan rasa panik dan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, ditambah dengan video tular kononnya berlaku cubaan culik tanpa diperiksa kesahihannya.

Radzi berkata pihak sekolah secara umumnya turut menerapkan aspek keselamatan murid agar tidak mendekati orang tidak dikenali.

“Penjagaan keselamatan adalah sebahagian daripada perkara yang sentiasa kita buat termasuk keselamatan lalu lintas, sebagai contohnya,” katanya.

Mengenai Kompleks Sekolah Presint 15, pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan itu menelan belanja RM121 juta dan dijangka siap pada Ogos 2025.

“Ini merupakan kompleks pertama untuk penduduk di Presint 15, sebelum ini di Presint 15 tiada sekolah rendah mahupun menengah.

“Dengan pembinaan kompleks ini yang mengandungi 36 bilik darjah bagi sekolah rendah dan 30 (sekolah menengah) ia tentunya akan memberi kemudahan kepada penduduk sekitar,” katanya dan menambah kompleks tersebut berkeluasan 5.9 hektar. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar